Friday, January 27, 2012

Jumaat

Bismillah...

Assalamualaikum...


~~ Entry ini saya ambil di "facebook", sebagai perkongsian kita bersama ~~ ... Selamat Membaca... ~~


~~~ Salam Jumaat ~~~

ASSALAMUALAIKUM, Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda? Ya, hari ini hari Jumaat, Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari² yang lain. Jadi, apa pun yang anda buat hari ini, pastikan aitu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadilah Jumaat untuk anda lebih berjaya. Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari² yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun 30 minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.

Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan² hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih² lagi mendapat faedahnya.

6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!

1. Berlakunya hari kiamat:
Ya. Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, "Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga:
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."

3. Penghulu segala hari:
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat² istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari² yang lain. 
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :"Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat:
Menurut Nabi SAW, "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur."
Jadi, sama²lah kita berdoa moga² Allah memilih kita di kalangan manusia² yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5: Kebaikan dengan memotong kuku:
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih² lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata,"Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah:
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini.
Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah,iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, "Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."
Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy'ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TUAN, puan, abang, kakak dan adik² semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruangan dan peluang untuk kita rebut.

Kita mengaku orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa² selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat untuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristighfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa, Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul². Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah...

Sumber: Dr Ezairy...


..........Sharing is Caring..........






"Terima kasih kerana membaca."







Monday, January 23, 2012

Jangan Mengeluh.....Kita selalu Bertanya..........dan Al-Quran sudah menjawabnya..........

Bismillah...

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin berkongsi mengenai ilmu yang saya dapat dari "facebook".....Harap ianya bermanfaat kepada kita semua, InsyaAllah..... 


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman." (I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang² yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216.

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286.

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang² yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang² yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139.

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang² yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara² yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang² yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45.

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang² mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...?
-Surah At-Taubah ayat 111.

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan selain dari Nya, Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129.

KITA BERTANYA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir,"
-Surah Yusuf ayat 87.

Dah habis baca...?
Ada yang ingin mengeluh lagi...?
Kalau engkau nak mengeluh lagi.....jom gi mengaji... 




jom mengaji...InsyaAllah kita akan dikurniakan petunjuk dariNya.




Tengok tu ~~ budak² kecik tu pun rajin mengaji...hehe... 






nak lagi best ~~ klik link ni ~~ 
http://www.youtube.com/watch?v=lAt7fOOeM3g&playnext=1&list=PL0F71168BBCD40274&feature=results_main

                     

Itu saja untu hari ini...
InsyaAllah, jika saya jumpa lagi, sesuatu ilmu yang bermanfaat, saya akan berkongsi bersama anda semua...





"Terima kasih kerana membaca."







Friday, January 13, 2012

Permulaan Pertama ~ ~ ~


Bismillah...

Assalamualaikum...

Ini merupakan post saya yang pertama kali kat blog ni... haha...  poyo je... 
Impian saya nak buat blog ni sebenarnya dah lama,

Tapi, baru kali ni saya terasa nak buat...hehe...  
Orang kata nak buat blog ni kena la rajin kan... haha...  (kena rajin update la kata kan...hehe... )
Tapi, mungkin tahap kerajinan saya tu sipi² je nanti...haha... 
Apa² pun, saya harap kalian yang singgah kat blog saya ni dan yang membaca post yang saya hantar, dapat la memberi kan komen yang membina kat saya eh... hehe... 
Mungkin cara penulisan saya berada di tahap Karangan BM untuk UPSR, PMR atau pun SPM,(almaklumlah sebab sudah lama saya tidak berlatih menulis karangan...hehe... ), 
tapi, apa salahnya kan jika saya ingin mencuba...(betul tak???)...hehe...
Seperti kata pepatah orang putih..."practice makes perfect" la kata kan...hehe... 


Oklah...setakat ini sahaja entry dari saya untuk hari ini...
nanti saya akan sambung lagi...
Wassalam.....



P/S: Masih dalam proses pembelajaran....




                       




"Terima kasih kerana membaca."