Assalamualaikum....
Selamat..... Selamat Hari Guru.....
Selamat..... Selamat Hari Guru....
Apa khabar warga blogger sekalian...
Hari ni tak ada apa berita nak dikongsikan...
Cuma, aku sedikit teruja hari ini sebab dapat menyambut Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...
Walaupun sekolah aku tu kecil je, tapi Sambutan Hari Gurunya bagi aku boleh la dikatakan agak meriah la juga...hehe...

Hmmm... ada nampak tak... ada nampak tak... haha...
Gaya penaipan aku pada bahagian atas tu nampak gembira je... hehe...

Dapat banyak hadiah ke???
Bagi aku hadiah yang aku dapat daripada anak murid bagi kat aku tu tak de la penting sangat, tapi bagi aku yang paling penting sekali ialah serba sedikit ilmu yang telah aku curahkan kat anak didik aku tu la yang paling aku rasa teramat-amat penting...
Hmmm...
Walaupun aku jadi warga pendidik tidak la, lama mana...
Tapi aku rasa seronok sangat mengajar dan mendidik anak² murid yang mempunyai pelbagai ragam...
Hmmm...
Baru aku tahu, betapa bukan senangnya sebenarnya nak mengajar anak² orang ni... lagi² pelajar tahun satu... perggghhh memang menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal... haha... over dose la pula ayat aku ni...
Apa²pun aku amat² menghargai segala jasa dan pengorbanan guru² yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah dan menengah dan tak lupa juga pensyarah² di kolej yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada aku....
InsyaAllah jasa dan pengorbanan kalian tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayatku...
Terima kasih warga² pendidikku...
Akhir kata, aku menutup ruangan entry ini dengan sedikit sajak yang aku pernah reka pada 12 tahun yang lalu...
GURU
G - Guru kau umpama obor yang menyemarakkan semangatku untuk maju.
U - Usaha dan baktimu mengajar anak didikmu tidak pernah kau merasa jemu.
R - Ribuan ringgit tidaklah sama nilainya dan tidak terbalas olehku.
U - Untukmu wahai guruku, ku berdoa semoga Allah memberkati dirimu.
"SELAMAT HARI GURU"
![]() |
Hadiah Hari Guru daripada anak² murid... Terima kasih anak² didikku... |
"Terima kasih kerana membaca."
Wah mesti seronokkn mnjdi warga pendidik 'GURU' krana tlah mnabur bkti kpada murid2 yg dsayangi.Animasi bergerak anda sungguh cantik&karya anda sungguh bagus walaupun kadang2 ianya terlebih OVER.Boleh x anda ajarkn cara mmbuat animasi bergerak&karya yg bgus supaya org ska untuk mmbaca.Jasamu amat dperlukn.
ReplyDeleteterima kasih²... kerana sudi berkunjung ke blog saya...
ReplyDeletekalau nk but animasi bergerak tu...
layarilah link ni ye, sbb saya pun bljr buat animasi ni kat link ni...
http://sofyaniezer.blogspot.my/2013/08/widget-bergerak-animasi-lucu-keren.html
ok. selamat mencuba...