Wednesday, February 22, 2012

Manisya Senyuman (Bahagian l) ~~~ ^_^

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin menunjukkan satu gambar, harap semua tidak terkejut la ye...hehe... ~~



comel tak kucing ni senyum... 




Ummu Humaira menulis di "facebook"nya ~~
dan saya meng"kopi" dan "pasta"kannya di sini.....
Sesuatu maklumat mengenai SENYUMAN ~~~  


SENYUMAN, SENTUHAN JIWA YANG IKHLAS...

Orang yang murah senyum juga akan jauh daripada stres kerana dia terhindar daripada penyakit ketegangan, Jantungnya akan berdetak normal. Peredaran darahnya akan mengalir dengan baik dan membuatkan dia awet muda.

Senyum hanya menggandakan 17 otot wajah, sementara kemarahan menggunakan 32 otot wajah, Inilah salah, satu sebab mengapa wajah terkadang terlihat cepat tua bagi orang yang jarang tersenyum...

Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa studi telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotin, Senyum memang ubat yang alami.

Senyum yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyum tulus adalah senyum yang lahir dari hati yang paling dalam, dari kerinduan ingin membahagiakan orang lain, dari kerinduan menghormati dan memuliakan orang lain. Orang tersenyum dengan tulus, otot wajah yang disebut orbicularis oculi merangsang kontraksi kerutan di seluruh mata. Berbeza dengan seseorang yang tersenyum palsu, maka otot wajahnya tidak akan bergerak...

Jadi...Jom Kita Senyum... 

SELAMAT SENYUM... 





"Terima kasih kerana membaca."




Monday, February 20, 2012

Dendam Yang Termanis ~~~

Bismilllah...

Assalamualaikum...

Apa khabar hari anda hari ini?
Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya ambil di laman sosial "facebook"...
Semoga cerita ini bermanfaat untu kita semua...
Sebarang kekasaran dalam cerita ini harap dapat dimaafi...
Selamat Membaca dan Semoga Terhibur...

"Bodoh! Benci, benci, benci!!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan² mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku, Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikhianati mereka yang bergelar sahabat.

Malam itu usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dashyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan²ku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu...

Alhamdulillah, selesai solat hajatku, Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa²nya, kemaafan itu dendam termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?  (Surah an-Nur: Ayat 21).

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang² yang menahan kemarahannya. dan orang² yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang² yang berbuat perkara² yang baik."   (Surah Ali-Imran: Ayat 134).

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; situduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras, yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang² Tuhan menyembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya² ke mana hilangnya matahari, rupa²nya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan² bekas sekolah dulu.

Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu...

Sekian...




"Terima kasih kerana membaca."