Thursday, March 29, 2012

Sombongkah Aku??? ^_^

Bismillah...


Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi satu tajuk yang bertajuk "SOMBONGKAH AKU??? 
Selamat Membaca...~~~

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya, aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!!!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu, lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskakah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika kata² cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku, perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada, tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli...
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sengat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak ke atasku kelak
Hanya untuk suamiku, cinta halal bagiku..



~~~ Just wanna share ~~~




"Terima kasih kerana membaca."







Thursday, March 1, 2012

Luahan Hati ~~~ (Bahagian l)


Bismillah...

Assalamualaikum...

Astaghfirullah'Azim hanya itulah yang mampu ku ungkapkan...
Tidak tahu apa yang ingin ku luahkan...
Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hatiku...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika memang benar apa yang ku lihat tadi adalah yang benar...
Ya sejujur²nya ianya memang benar,
Jiwa ku tergoncang apabila melihatkan dirinya sebentar tadi...
Adakah itu dia? adakah itu dia? adakah itu dia?
Huh? mungkin sahaja ini merupakan perasaanku,
Mungkin kebetulan sahaja wajah mereka seiras,
Tapi sejujurnya...
Pertama kali ku lihat wajahnya hatiku cemas...
Lidahku kelu tidak dapat mengungkapkan apa kata...

Ya Allah...
Apa salahku...
Aku telah tidak sengaja telah bertentangan mata dengannya...
Walaupun ianya hanya sebentar...
Tapi yang sebenar²nya, matanya sangat menggerunkanku, ketika matanya melihat betul² tepat ke arah wajahku.

Dia menghampiriku dengan memberikan salam dan melemparkan senyuman yang amat manis pada diriku...
Aku menjawab salamnya dalam keadaan terketar² sambil melemparkan senyuman yang ala² malu² gitu...
Perbualan kami bermula apabila dia menanyakan beberapa soalan kepadaku...

 Dia : Dik, kuih ni macam mana kira?
 Ku : Kuih ni sebiji 40 sen...sambil aku senyum kat dia (tapi nasib baik dia tak nampak.)
 Dia : Selesai dia mengambil kuih, dia memberikan sekeping not merah kepada ku.
 Ku : (bertanya) En, ambil berapa biji kuih?
 Dia : (mula mengira), satu, dua, tiga, hmmm...sepuluh biji...
 Ku : Mengucapkan terima kasih kat dia sambil memberi duit baki...
 Dia : Menerima duit baki daripadaku sambil matanya memandang tepat ke arahku...

Ya Allah...
Secara jujurnya ku tidak dapat melupakan saat² akhir dia memandangku, ketika ku memberi duit baki kepadanya.
Walaupun ketika itu kami hanya bertentang mata dalam masa tak lebih daripada satu minit...
Namun, hatiku terasa, ku tidak mahu bersua muka lagi dengannya kerana ku takut ingin melihat wajahnya memandangku sekali lagi...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku bermohon berdoa kepadaMu...
Cukuplah bagi diriku...
Ku berharap, pertemuan itu, merupakan pertemuan ku dan dia yang pertama dan terakhir buat diriku...
Dan,
Ku berharap, padaMu Ya Allah, agarku tidak bertemu lagi dengan dirinya untuk selama²nya...
Tetapi,
Seandainya takdir menemukan kami kembali...
Ku hanya mampu berserah padaMu Ya Allah...










"Terima kasih kerana membaca."