Thursday, May 31, 2012

Manisnya Senyuman (Bahagian ll) ~~~ ^_^

Bismillah...

Assalamualaikum...

Senyum...Senyum...Senyum...
Tak perlu kata apa²...
Senyum...Senyum...Senyum... 

Wajah yang ceria bergantung pada senyuman,
kerana dengan sebuah senyuman dapat
membahagiakan hati dan dapat menggembirakan
insan lain di sisi kita...
Oleh itu, senyumlah seikhlasnya... 




Senyum itu sedekah, hehe...  






"Terima kasih kerana membaca."





Thursday, May 10, 2012

Iktibar daripada sebatang pensel...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai sebatang pensel. Cerita ini saya ambil di laman sosial "facebook", semoga cerita ini bermanfaat kepada kita semua...
Selamat Membaca...~~~  

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis,
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?", tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ibu,"

Pertama,
pensel mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah swt. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya.

Kedua,
ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diparut, tetapi...hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam kehidupanmu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau asbab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga,
pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat,
tahukah anak ibu, mana yang lebih penting...luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati²lah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima,
pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati² dan bijak dalam bertindak...


Pensel kontot... hehe... 





"Terima kasih kerana membaca."