Sunday, September 21, 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -------------------------------------------------

Bismillah...

Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat...
Jika sihat Alhamdulillah...
Jika sakit Syafakillah...

Hmmm... hari ni saya nak kongsi status Ustaz Azhar Idrus yang saya jumpa di facebook...
Walaupun status ni dah lama Ustaz Azhar kongsikan kat facebook dia iaitu pada 1 October 2013 , tapi saya tetap ingin berkongsikan status Ustaz Azhar ini di laman blog saya ini...
Semoga ianya memberi manfaat dan pengetahuan kepada saya dan juga kepada pembaca yang membaca blog saya ini ... InsyaAllah... 


Ustaz Azhar Idrus


org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak murid tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih....


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ---------------------------------------------


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔

Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . .



Hmmm...
Itu sahaja lah untuk hari ini... 
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk saya & sesiapa sahaja yang membacanya... InsyaAllah... 
Dan... Semoga kita berjumpa & bertemu lagi di lain entry... 




"Terima kasih kerana membaca."




Monday, September 1, 2014

CheWing Gum Itu GuLa² GeTah... Haha... Hihi Hiu ~~~

Bismillah...

Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni???... Sihat kah anda semua pada hari ni... hehe... 
Jika lau sihat Alhamdulillah...
Saya Alhamdulillah sihat...
Tapi... Saya punya ba tok ba tok saya ja la yang tak berapa nak ilang lagi... Hehe... 
Doa² kan lah ye semoga ba tok ba tok saya tu cepat sembuh...

Hari ni 1 September 2014 Masihi bersamaan 6 Zulkaedah 1435 Hijrah...
Alhamdulillah hari ni dah masuk bulan baru bagi tahun Masihi...
Hehe... 



Berbalik pada tajuk yang nak dikongsikan kat atas tu dan pada gambar yang tertera kat atas ni...
Saya sebenarnya nak berkongsi cerita mengenai chewing gum itu gula² getah... hehe...

Ceritanya bermula iaitu pada hari ni saya nak bagi tahu yang saya sebenarnya hari ni saya dapat makan chewing gum gula² getah... Hehe... 
Tu pun adik saya yang bagi saya makan chewing gum gula² getah tu ... Hehe... 
Terima kasih ya adik ku...  hehe...

Sebenarnya saya ni dah lama dah la tak makan chewing gum gula² getah tu...
Ada la beberapa tahun... (tah la dah tak bape nak hengat dah bape tahun dah tak makan chewing gum gula² getah tu... hehe... )
Almaklum lah saya ni sebenarnya berasa ragu² dengan kehalalan toiyibaan chewing gum gula² getah yang dijual dipasaran dan sebab tu la saya dah lama tak makan chewing gum gula² getah tu... hehe... 

Tapi pada hari ni...
Sebelum saya makan chewing gum gula² getah tu...
Saya 'check' dulu dia punya plastik ada ke tak tanda halal...
Dan... Ternyata Alhamdulillah kat plastik chewing gum gula² getah tu ada tanda halal logo Malaysia...
Dan... Selepas itu... Saya pun dengan tanpa was², selepas membaca bismillah saya terus makan chewing gum gula² getah tersebut... hehe...
Hmmm... Alhamdulillah. akhirnya penantian saya setelah sekian lama akhirnya berakhir dengan saya dapat juga makan chewing gum gula² getah tersebut... hehe... 

Hmmm...
Ni ada la... La gi satu cerita la kan yang saya nak kongsi kan kan... hehe... 
Masa saya belajar kat kolej dulu²...
Ada gak la seorang kawan saya ni dia nak belanja saya makan chewing gum gula² getah , tapi saya cakap kat dia yang saya ni jenis yang tak makan chewing gum gula² getah ... tapi kawan saya ni dia tak berapa nak percaya la kan... Haha... 

Lepas tu, kawan saya ni bila saya kata, saya ni jenis yang tak makan chewing gum gula² getah tu, dia ni nak ajar la saya makan chewing gum gula² getah tu... haha... 

Tapi saya cakap kat dia saya tak nak...
Lepas tu kawan saya ni dia cakap nak la...
Saya balas balik tak nak...
Banyak kali gak la dia cakap macam tu, akhirnya...
Ada la seorang lagi kawan saya ni tiba² dia cakap kat saya...
Dia kata kat saya, saya ni mesti masa kecik² dulu saya tertelan makan chewing gum gula² getah jadi masa besar ni mesti trauma, dah tak nak dah makan chewing gum gula² getah tu... haha... 

Haha...
Bila saya teringat balik kata² kawan saya tu saya tersenyum ja la... Tapi kadang² saya tergelak gak la kan... hehe...

Tak de la saya sebenarnya terasa lucu ja bila dia kata saya ni trauma sebab dah tak nak dah makan chewing gum gula² getah tu ... Hehe...

Tapi... Saya Alhamdulillah tak de la mengalami makan chewing gum gula² getah sampai tertelan... hehe...
Lepas tu saya bagi tahu kat kawan saya...
Saya cakap kat mereka...
Saya sebenarnya tak berapa menggemari chewing gum gula² getah...
Tu ja la yang saya katakan... hehe... 
Tapi... tu pun mereka tak percaya...
Akhirnya saya bagi tahu kat mereka yang masa saya kecik, umi dan ayah saya tak ajar saya makan chewing gum gula² getah tu, tu sebab la saya tak berapa biasa makan chewing gum gula² getah tu ... hehe...  poyo nye ayat gue... 

Lepas tu... kawan saya yang kata saya makan chewing gum gula² getah sampai tertelan tu bagi tahu...
Bagusnya, umi dan ayah saya tak ajar saya makan chewing gum gula² getah...
Patut la pandai.... haha... (Tak de kena mengena pun bila seseorang tu makan ke tak makan chewing gum gula² getah tu dia boleh jadi pandai ke tak. haha... )


Lepas tu, masa balik kat asrama...
Sambil tengah² merehat² kan minda, tiba² saya teringat semula la kan kata² kawan saya tu... hehe...
Baru saya teringat...
Kenapa la saya tak cakap macam ni kat mereka ye...
Yang sebenarnya saya ni tak makan chewing gum gula² getah tu sebab saya ni sebenarnya rasa was² dengan kehalalan toiyibaan chewing gum  gula² getah yang dijual dipasaran tu, tu sebab la saya tak makan... hehe... 

Tapi.... Tu la... Ayat² yang seperti yang dinyatakan tu tak terkeluar dari bibir mulut saya... hehe... 

Hmmm... Tu ja la kot yang saya nak cerita kan untuk hari ni mengenai chewing gum atau pun dalam bahasa melayu nya adalah gula² getah... hehe...

Tamat suda cerita mengenai chewing gum itu gula² getah... hehe... 

Sekian...

Wassalam...

......

"Terima kasih kerana membaca."