Tuesday, October 13, 2015

Emak..... 6 Ringgit....

Bismillah....

Assalamualaikum...


Hehe... 

Hari ni aku nak kongsi dialog cerita yang pernah aku baca kat majalah UJANG, 12 tahun yang lalu...

Hehe...

Harap² kelian gumbira lah ye bila membacanya...


Tajuk yang PERTAMA : - EMAK - ( KARYA JUSSIANNY BINTI LASIMIN )


♣   Ayam    : Manusia nie jahat la.
♠   Lembu  : Napa pulak?
♣  Ayam     : Hari-hari makan telur saya. Saya kira ada juga 2,3 biji.
♠   Lembu   : Alaa...itu masalah kecik aja.
♣  Ayam     : Apa maksud kamu?
♠  Lembu    : Nak difikirkan, nasib saya lagi la malang. Hari-hari manusia minum susu saya tapi tiada satu pun panggil 'emak'!
♣  Ayam      : ?!!!!....


Hehe... 


Tajuk yang KEDUA : - 6 RINGGIT -



●   Sam : Apa pasal kau marah sangat kat tauke kedai 2 Ringgit tu?
♦   Dol   : Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang, dia minta 6 Ringgit. Kata kedai 2 Ringgit?
●  Sam  : ( Pulak...apa hal la kawan aku ni! )



Hehe...


Oklah, sampai di sini sahaja entry saya untuk kali ni...
Jumpa lagi...



Kredit : MAJALAH UJANG (MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA)






"Terima kasih kerana membaca."







Saturday, October 10, 2015

Hmmm... Maaf La Yer ..... Cerita Kat Blog Aku Ni Tak Berapa Nak Canggih...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hmmm...
Apa khabar?
Dah lama aku tak buka blog...
Dah buka blog tu kan terasa la nak ada post kan sesuatu an...
Tapi aku tak tahu nak post apa...

Jadi, aku pun cari la idea dulu an sebelum aku nak post sesuatu cerita an...
Hah!!!
Fikir² punya fikir, akhirnya aku pun buat la keputusan nak jelajah blog orang lain...
Dan... nk tahu tak...
Blog yang aku singgah tu kan 'design' yang diorang hias kat blog diorang tu kan semuanya cantik² belaka dan bukan itu sahaja, malahan isi yang ada kat blog diorang tu  pon sesemuanya cecanggih-canggih belaka...

Hmmm...
Tak de la macam blog aku ni hah...
'Design' dengan cerita yang ada kat blog aku ni pun biasa² je, tak de la cecanggih mana pun kan...

Hah...!!!
Oklah, setakat ini sahaja dulu...
Dah tak tahu dah nak taip apa...
Semoga kita berjumpa lagi di entry yang lain ye...




Hmmm... Maaf  La Yer ..... Cerita Kat Blog Aku Ni Tak Berapa Nak Canggih...





'Terima kasih kerana membaca.'



Thursday, June 18, 2015

~~~ Selamat Hari Guru ~~~

Bismillah...

Assalamualaikum....

Selamat..... Selamat Hari Guru.....
Selamat..... Selamat Hari Guru....

Apa khabar warga blogger sekalian...
Hari ni tak ada apa berita nak dikongsikan...
Cuma, aku sedikit teruja hari ini sebab dapat menyambut Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...
Walaupun sekolah aku tu kecil je, tapi Sambutan Hari Gurunya bagi aku boleh la dikatakan agak meriah la juga...hehe...

Hmmm... ada nampak tak... ada nampak tak... haha...
Gaya penaipan aku pada bahagian atas tu nampak gembira je... hehe...
Dapat banyak hadiah ke???
Bagi aku hadiah yang aku dapat daripada anak murid bagi kat aku tu tak de la penting sangat, tapi bagi aku yang paling penting sekali ialah serba sedikit ilmu yang telah aku curahkan kat anak didik aku tu la yang paling aku rasa teramat-amat penting...

Hmmm...
Walaupun aku jadi warga pendidik tidak la, lama mana...
Tapi aku rasa seronok sangat mengajar dan mendidik anak² murid yang mempunyai pelbagai ragam...
Hmmm...
Baru aku tahu, betapa bukan senangnya sebenarnya nak mengajar anak² orang ni... lagi² pelajar tahun satu... perggghhh memang menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal... haha... over dose la pula ayat aku ni...

Apa²pun aku amat² menghargai segala jasa dan pengorbanan guru² yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah dan menengah dan tak lupa juga pensyarah² di kolej yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada aku....
InsyaAllah jasa dan pengorbanan kalian tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayatku...

Terima kasih warga² pendidikku...

Akhir kata, aku menutup ruangan entry ini dengan sedikit sajak yang aku pernah reka pada 12 tahun yang lalu...



GURU


G - Guru kau umpama obor yang menyemarakkan semangatku untuk maju.

U - Usaha dan baktimu mengajar anak didikmu tidak pernah kau merasa jemu.

R - Ribuan ringgit tidaklah sama nilainya dan tidak terbalas olehku.

U - Untukmu wahai guruku, ku berdoa semoga Allah memberkati dirimu.



"SELAMAT HARI GURU"






Hadiah Hari Guru daripada anak² murid...
Terima kasih anak² didikku... 



P/S: Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah adalah pada 18 Mei 2015 dan entry ni telah dikarang pada 18 Mei 2015, tapi hari ni baru aku berkesempatan nak post entry ni sebabnya aku terlalu-lalu kesibukan... hehe... 






"Terima kasih kerana membaca."







Sunday, May 3, 2015

~~~ PORISTIWO SEPANJONG BULON LIMO ~~~ HOHO ~~~

Bismillah...

Assalamualaikum...

Apa khabar hari anda?

Alhamdulillah hari ini setelah hampir sebulan berlalu, saya masih diberi nafas oleh YANG MAHA PENCIPTA untuk terus  hidup bagi meneruskan kehidupan dimuka bumi ini... ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM...

Hmmm...
Sungguh pantas masa berjalan berlalu pergi...
Pejam celik, pejam celik,
Bulan ni dah masuk bulan yang kelima dah...
Sekejap je masa berlalu pergi an...

Hmmm...

Bulan ni dah masuk bulan limo tahun duo ribu limo boleh dah...
Copek jo maso tu borjolon...

huhu...habis rusak bahaso noghoro sombilan, maaf la yo orang noghori kalau den ni merusakkan bahaso kelian...

Hmmm...

Untuk entry kali ni,
Den nak mengarang kekarangan pasal serba-sedikit peristiwo yang berlaku sepanjang bulan limo ni...

Hmmm...

Walaupun peritiswo eh tak banyok...
Tapi den cubo lah yo... huhu...

Bulan limo ni, bagi den la kan, den teringat maso zaman² belajar² dulu tu an...
Bulan ni lah sobonah eh bulan yang paling menyeksakan, sobab eh bulan limo ni kan merupakan musim bulan peperiksaan pertengahan tahun, jadinya bulan ni lah para² pelajar akan bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran mereka supayo mereka akan dapat keputusan yang akan dapat menggembirakan hati ibu bapa mereka nanti...

Hmmm...

Bukan itu jo...
Bulan ni juga ada sambutan hari ibu pada hari ahad minggu kedua bulan limo ni...
Walaupun sobonar eh, hari ibu ni bulih jo kalau nak sambut pado bilo² hari lain dan bulan yang lain dan tak payoh la nak ikut kan sangat tarikh bulan limo ni pon tak apo rasonya...
Bagi den sebonar eh hari² merupakan ada yo hari² untuk ibu dan bapa walaupun masa tarikh hari ibu dan bapa tu tetiba lak pado bulan yang dah ditotapkan tu an, kekadang tetiba je kekita ni semua tetiba je jadi sesemangat nak ucap... haha... padahal sepatutnyo hari-hari la an kita kena ucap, tapi tula an, kita ni an, tah la an.. hmmm... tu la an tak tahu nak kato apo...

Hmmm...

Nak tahu tak ~~ bulan limo ni an ado lagi satu sambutan yang popular untuk warga pendidik...
Hah!! Sambutan itu merupakan Sambutan hari guru... huhu...
Hah! Sambutan hari guru,,,
YO, Sambutan hari guru la an, sambutan ni merupakan sambutan yang paling popular untuk warga² pendidik yang telah banyak bersabar menabur segala jasa dan keringat budinya supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang... jangan melayang sudah... haha...
Jadi, untuk itu wajarlah diadakan sambutan untuk menyambutnya hari guru pada setiap 16 Mei setiap tahun bagi bulan limo ni yo...

Hmmm...

Itu sohojo la eh untuk entry kali ni...
Sobonar eh, den pun tak berapa nak tahu nak kongsikan isi dan tajuk apo kat entry kat blog ni pada bulan ni sobona eh...
Tapi tu lah dio an. idea untuk menaip kekerangan ni kekadang bilo² yo bulih muncul dengan anugerah Illahi tanpa dijangka kehadirannya secara tetiba je dia boleh datang.  maka dengan itu la an, untuk bulan ini an, maka terhasillah tajuk kat entry yang tak seberapa kat blog ni iaitu...




~~~   PORISTIWO SEPANJONG BULON LIMO   ~~~
~~~   HOHO   ~~~



Akhir kata daripada den :

Terima kasih kepada pembaca blog sesekelian yang sudi singgah membaca blog den ni hah walaupun  blog den ni tak de lah sehebat dan tak de la semenggah mana an... hihi...




"Terima kasih kerana membaca."








Saturday, April 4, 2015

Silalah Abaikan Entry Kali Ini Ye..... Haha... :D

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hmmm... Apa khabar warga² blogger sekalian ???

Sihatkah anda semua di sana... haha... skema betul ayat gue

Hmmm... Cepat je masa berlalu kan, bulan ni dah masuk bulan ampat tahun dua ribu limo boleh dah...

Dah lama dah blog den ni tak di update kan, nampak bebenor kemalasan den sudah semakin menjadi² sekarang ni... haha... 


Dah banyak dah habuk² yang bersawang kat blog ni dan tak tahula bilo maso den nak mem'vacuum'kan blog ni dengan sempurna... haha... ayat gue ni poyo je lebih kan...

Akhir kata... Den nak Mintak Maaf lah ye kat warga² blog sekalian sobab eh entry pertama den kat blog kali ini pada bulan ampat tahun dua ribu limo boleh ni amat membosankan untuk dibaco sobab eh den sobona eh maleh nak tetaip karangan yang pepanjang kat blog ni... tapi tu la, den teringin sangat nak postkan sesuatu kat blog ni...

Maka dengan itu... terhasillah tajuk yang tak seberapa hebat kat blog den ni iaitu → SILALAH ABAIKAN ENTRY KALI INI YE... Haha... 





"Terima kasih kerana membaca."