Tuesday, December 18, 2012

Warganegaraan Malaysiaan... hihi...hiu ~ ~ ~

Bismillah...

Assalamualaikum...



Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah...Alhamdulillah Syukur... 
Akhirnya hari ini (18 Dis 2012 hari Selasa jam 9.30 pagi), saya dengan rasminya telah menjadi Warganegaraan Malaysiaan semula setelah 2 bulan lebih menjadi Warganegaraan tersembunyi...
hehe...  



Sponge bob pun dah ada kad pengenalan...
hehe... 





"Terima kasih kerana membaca."




Wednesday, December 12, 2012

Doa Dan Cara Penyembuh Rabun Mata ~~~

Bismillah...

Assalamualaikum...

Tadi saja² buka facebook, terjumpa benda ni...

Semoga bermanfaat...

Kepada mereka yang ada masalah rabun...

"Doa & Cara Penyembuh Rabun Mata."

InsyaAllah, Dengan Izin Allah SWT  






"Terima kasih kerana membaca."





Saturday, December 1, 2012

Lempeng ~ ~ ~

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hah!!! Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya buat lempeng...hehe...
Sila la cuba buat, hehe... senang je...

Orang kata nak buat lempeng ni senang je, tapi bagi saya, sebenarnya nak buat lempeng ni bukanlah sesuatu yang mudah dan senang sebab perlukan kemahiran yang betul gak la supaya adunan lempeng tu tak melekat kat kuali...hehe...(itu bagi pendapat saya la kan, pendapat orang lain saya tak tahu la kan)... hehehe... 

Percubaan pertama dan kedua kalinya saya buat lempeng tu memang tak menjadi la sebeb adunan lempeng yang saya buat tu melekat kat kuali...haha...(almaklumlah baru nak belajar, mesti la ada sikit² kesalahan tu...betul tak???)...

Apa²pun saya cuba lagi buat untuk percubaan kali ketiga dan seterusnya dan Alhamdulillah baru la menjadi...haha...tahniah la buat diri sendiri...(sila beri tepukan)...haha...

Bila saya kaji selidik balik kenapa lempeng yang saya buat masa percubaan pertama dan kedua tu tak jadi...sebabnya ialah kuali saya tu tak betul² panas...hah?

Bagi pendapat saya la...kalau nak masak kempeng, lepas tu nak masak kat kuali la kan, kuali tu mesti la betul² panas lepas tu masa letak adunan lempeng tu dalam kuali, api dapur tu kena la berada pada tahap yang paling kecil...(kiranya paling minimum la tu maksud saya tu)

Itu bagi pendapat saya la kan...terpulang la pada orang lain nak ikut cara saya tu atau pun tidak...hmmm...


Ok la, itu ja yang saya nak ceritakan untuk hari ni mengenai bagaimana pengalaman saya dapat buat lempeng...haha...


Sebelum saya tamatkan entry saya ini...
Saya nak tinggalkan bahan² resipi saya semasa saya buat lempeng...hehe...



Tepung gandum (bahan wajib yang kena ada)...
Gula
Garam
Telur
Marjerin
Minyak (untuk sapu kat kuali)




*P/S:
(1)Maaf la sebab tak disertakan dengan kuantiti bahan². Semuanya adalah sesedap rasa dan mengikut kata hati anda...hehe...
(2)Maaf la sebab saya tak letak gambar lempeng yang saya masak sebab lempeng dah masuk dalam mulut...hehe...





"Terima kasih kerana membaca."







Thursday, November 1, 2012

Bicara Si Kucing (Bahagian lll)

Bismillah...

Assalamualaikum...

Bicara Si Kucing bertemu lagi untuk siri yang ketiga...
Untuk dialog kali ini juga Tiada "Kopi²" dan Tiada "Pasta²"...
Semuanya direka 100% oleh saya sendiri...

Selamat Membaca dan Semoga Terhibur ~~~ 


Dak kecik: Hoi kucing, ku nak tembak kau nie, kau tanak lari ker???
Kucing: Alahai dak kecik, kalau kau nak tembak aku, kau tembak je la...ku malas la nak lari² ni...penat tahu tak...huhuhu...
Dak kecik: Hoi kucing, mu jangan cabar aku???
Kucing: Eh dak kecik!!!...kau terasa tercabar ker???...kalau kau rasa nak tembak aku, kau tembak je la...
Dak kecik: Hoi kucing, mu jangan menyesal aaa...
Kucing: Aku tak menyesal pon, mu tembak je la...
Dak kecik: Hoi kucing, mu tanak mengucap dulu ker???
Kucing: Dah...ku dah mengucap dah pon, kalau mu nak tembak aku, mu tembak je la, aku rela...
Dak kecik: Aku sebenarnya tak sanggup nak tengok kau nie mati depan aku, hmmm...aku tak jadi la nak tembak kau...
Kucing: Haha...syukur²...sayang jugak kau kat aku yer...
Dak kecik: Mesti la aku sayang kat kau, kau la satu² nye haiwan peliharaan yang aku ada, kau tahu tak???
Kucing: Oh, ye ke...terima kasih dak kecik, kerana sayang kat aku...
Dak kecik: Sama² ....ehehe...  kasih kau ku terima... 




Dak kecik - "Kucing...oh kucing...aku nak tembak kau ni boleh tak?...hihi...  
Kucing - tembak je la, aku rela...




"Terima kasih kerana membaca."




Saturday, October 6, 2012

Luahan Hati ~~~ (Bahagian lll)


Bismillah....

Assalamualaikum...

*********************************************************************************

Saya akan berhenti memikirkanmu ...
dan saya akan benar² melepaskan ikatan di hati saya ...
Saya Hanya akan merubah diri saya menjadi yang terbaik hanya kerana Allah,,
Bukan kerana menginginkanmu,,, kan saya lepaskan belenggu ini,,,
yang membuat hati saya semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya ...

Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik untuk seorang yang kan ditakdirkan Untukmu,,, pun begitu,,
Saya kan meneruskan perjalanan saya untuk jadi yang terbaik Untuk Seorang yang kan menjadi Imam saya nanti walaupun Itu Bukanlah dirimu ...
kerana kini saya telah yakin,,,

Jika Saya telah menjadi yang terbaik, maka Allah tetap akan memberikan yang terbaik pula walaupun Itu bukanlah dirimu ... Saya berharap kamu akan mendapatkan yang terbaik,,,
Dan Doakan Saya agar saya juga mendapatkan yang terbaik hingga saya mendapat ketenangan dengan Pilihan-Nya meskipun itu bukanlah dirimu ...

*********************************************************************************









"Terima kasih kerana membaca."





Saturday, September 22, 2012

Muhasabah Diri Di Pagi Hari ~~~

Bismillah...

Assalamualaikum...

   Hari ini di pagi Sabtu 22 September 2012...saya ingin nukilkan satu cerita, atau mungkin juga pengalaman pada diri saya...atau apa² sahaja...

   Ketika nukilan ini ditaip, saya sedang mendengar bacaan ayat suci al-Quran... Hmmm... Ya Allah sangat tenang sekali diri saya ini dikala mendengarkan ayat² al-Quran ini dibaca...Kadangkala bila mendengar ayat al-Quran ini... Alhamdulillah fikiran saya yang tengah berserabut ini dapat dilegakan seketika...

   Hmmm...saya menarik nafas panjang, berfikir² apa yang akan berlaku pada masa akan datang... Kadangkala saya terfikir seorang diri... Sudahkah saya ini bersedia dengan alam kematian...cukupkah amalan yang akan saya bawa sebagai bekalan saya di sana... "SUDAHKAH SAYA BERSEDIA".

   Minggu lepas saya balik rumah, saya buka facebook sebab dah hampir...ntah la...saya pun tak tahu dah berapa lama saya tidak buka facebook... Tapi yang saya tahu masa saya buka facebook tu ada satu berita tergempar yang saya baca...mengenai kematian seseorang insan...walaupun saya tidak mengenali siapa dirinya, tapi berita atau cerita mengenainya amat² menyentuh jiwa dan naluri saya... Ya Allah, saya berharap agar saya dapat mengikuti jejak langkahnya sebelum nyawa saya diambil... Saya harap pintu hati saya akan terbuka untuk mengutip serta menggarap segala pahala dan menjauhkan diri saya dari melakukan dosa.

   Ya...memang benar, hidup ini hanya sementara, sentiasa berada dalam ujian baik yang sulit, rumit dan kadangkala perkara yang senang dan mudah pun kita diuji.

   "YA ALLAH BERIKANLAH AKU PETUNJUK YANG BENAR, BERIKANLAH AKU HIDAYAH, TETAPKANLAH IMANKU YA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU MEMBOLAK-BALIKKAN HATIKU YA ALLAH, YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KESABARAN SUPAYA AKU DAPAT MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG PENUH PANCAROBA INI DENGAN KEREDHAANMU YA ALLAH...YA ALLAH HAMBAMU YANG LEMAH INI MEMOHON KEPADAMU AMPUNILAH SEGALA DOSA²KU YANG TELAH AKU SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA AKU LAKUKAN...YA ALLAH PERKENANKANLAH DOAKU INI YA ALLAH.....AMIN YA RABBILA'LAMIN....."








"Terima kasih kerana membaca."





Thursday, August 30, 2012

Manisnya Senyuman (Bahagian lll) ~~~ ^_^

Bismillah...

Assalamualaikum...

Senyum...Senyum...Senyum...
Manisnya Senyumanmu...hehe... 


SAYA, akan KIRIMKAN 1,000,000 SENYUMAN , 1 untuk HARI INI & KAMU, SIMPANLAH 999,999 DI DALAM HATI KAMU !! KELUARKANLAH 1 per 1 bila saat HATI KAMU TERLUKA atau BERSEDIH , kerana dengan SENYUMAN  itu, akan MEMBUATKAN KAMU, TURUT TERSENYUM dan MELUPAKAN SEMUA KESEDIHAN DI HATI...♥ 








"Terima kasih kerana membaca."





Thursday, July 19, 2012

Bicara Si Kucing (Bahagian ll)



Bismillah...

Assalamualaikum...

Hah!!! Hari ini kita bertemu lagi di ruangan bicara si kucing siri yang kedua...

Selamat Membaca dan Semoga Terhibur ~~~ 


Hai kawan²...
Apa khabar...
Kawan² nak aiskrem...
Kalau kawan² nak aiskrem,
kawan² kena la minta kat Tuan aku yang sangat baik hati lagi pemurah ni...(ayat kasi bodek siket)...haha... 

Nama Tuan aku ni ialah 12623114 921818913 (mesti korang susah nak terjemah kan nama Tuan aku tu kan, almaklumlah nama Tuan aku nie unik siket)...hahaha... 

Tuan aku nie dia memang sangat baik hati lagi pemurah tau...kalau aku mintak apa² je "comfirm" pasti boleh dapat punye la...(tapi aku kena bodek Tuan aku tu dulu la kan)...hehe...

Nak tahu tak...siapa yang suka bodek Tuan aku tu???...hehe... mesti la aku kan...hehe...almaklumlah aku ni kan manja siket dengan Tuan aku tu...hahaha... 

Hahaha...

kalau Tuan aku bace nie, mau dia dah tak nak bagi aku makan aiskrem dah ni... huhu...
Tuan!!! jangan marah  kat aku tau, aku gurau je ni...hehe... 




"Sedapnye la hai dapat makan aiskrem,
hai la Tuan aku yang sangat baik hati  lagi pemurah ni...
hehe..."

Comel tak kucing ni makan aiskrem...hehe...
Siap senyum lagi tu...hehe...




"Terima kasih kerana membaca."