Saturday, December 1, 2012

Lempeng ~ ~ ~

Bismillah...

Assalamualaikum...


Hah!!! Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya buat lempeng...hehe...
Sila la cuba buat, hehe... senang je...

Orang kata nak buat lempeng ni senang je, tapi bagi saya, sebenarnya nak buat lempeng ni bukanlah sesuatu yang mudah dan senang sebab perlukan kemahiran yang betul gak la supaya adunan lempeng tu tak melekat kat kuali...hehe...(itu bagi pendapat saya la kan, pendapat orang lain saya tak tahu la kan)... hehehe... 

Percubaan pertama dan kedua kalinya saya buat lempeng tu memang tak menjadi la sebeb adunan lempeng yang saya buat tu melekat kat kuali...haha...(almaklumlah baru nak belajar, mesti la ada sikit² kesalahan tu...betul tak???)...

Apa²pun saya cuba lagi buat untuk percubaan kali ketiga dan seterusnya dan Alhamdulillah baru la menjadi...haha...tahniah la buat diri sendiri...(sila beri tepukan)...haha...

Bila saya kaji selidik balik kenapa lempeng yang saya buat masa percubaan pertama dan kedua tu tak jadi...sebabnya ialah kuali saya tu tak betul² panas...hah?

Bagi pendapat saya la...kalau nak masak kempeng, lepas tu nak masak kat kuali la kan, kuali tu mesti la betul² panas lepas tu masa letak adunan lempeng tu dalam kuali, api dapur tu kena la berada pada tahap yang paling kecil...(kiranya paling minimum la tu maksud saya tu)

Itu bagi pendapat saya la kan...terpulang la pada orang lain nak ikut cara saya tu atau pun tidak...hmmm...


Ok la, itu ja yang saya nak ceritakan untuk hari ni mengenai bagaimana pengalaman saya dapat buat lempeng...haha...


Sebelum saya tamatkan entry saya ini...
Saya nak tinggalkan bahan² resipi saya semasa saya buat lempeng...hehe...



Tepung gandum (bahan wajib yang kena ada)...
Gula
Garam
Telur
Marjerin
Minyak (untuk sapu kat kuali)




*P/S:
(1)Maaf la sebab tak disertakan dengan kuantiti bahan². Semuanya adalah sesedap rasa dan mengikut kata hati anda...hehe...
(2)Maaf la sebab saya tak letak gambar lempeng yang saya masak sebab lempeng dah masuk dalam mulut...hehe...





"Terima kasih kerana membaca."







No comments:

Post a Comment