Tuesday, April 24, 2012

Kabulnya Doa Nelayan Yang Soleh...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari ini saya jalan² lagi di "facebook" dan jumpa cerita ni...
Harap cerita ni bermanfaat kepada kita semua...
Selamat Membaca...

Pada suatu hari, seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur telah berjaya menangkap seekor ikan. Namun seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan tersebut daripada tangannya dan memukulnya..kira macam kes naya jugak la nie... Maka, nelayan tadi pun berkata, 'Ya Allah, Engkau telah menciptaku dalam keadaan yang lemah dan dia dalam keadaan yang gagah perkasa sehingga dia dapat menganiaya aku. Turunkanlah pengajaran untuknya...'

Setibanya pengawal itu di rumahnya, dia pun menggoreng ikan tersebut dan buat masakan ala² kicap je...Ketika dia meletakkan ikan di atas hidangan, tiba² tangannya tertusuk duri yang entah mana tetiba ada pada ikan itu...Tangannya menjadi parah dan berulat²...

Lama-kelamaan, saraf tidak boleh berfungsi dan tangannya terpaksa dipotong. Pada suatu malam, dia tidur dan bermimpi mendengar satu suara berkata...'Kembalikanlah hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat daripada penyakit ini...'

Setelah dia tersedar dari tidurnya, barulah dia teringat akan ikan yang pernah dirampasnya daripada Abu Jaafar. Maka dia pun segera menemui nelayan tersebut dan menggantikan ikan tersebut dengan RM 10 dan mohon ikan itu dihalalkan. Sebaik sahaja Abu Jaafar memaafkan dan menghalalkannya, dengan izin Allah...dengan serta merta penyakit pada pengawal itu sembuh seperti sedia kala...~the end~




"Terima kasih kerana membaca."






Sunday, April 8, 2012

Bicara Si Kucing (Bahagian l)




Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin menceritakan mengenai dialog bicara kucing...hehe... 

Untuk Pengetahuan, Dialog ini Tiada "Kopi²" dan Tiada "Pasta²" dan direka 100% daripada saya sendiri....
Harap semuanya terhibur la ye membaca dialog nie...hehe...(ayat nak poyo je...heh!  )


Selamat Membaca Dan Semoga Terhibur ~~~  



Kucing: Sedapnya susu nie Tuan? Tuan beli kat mane?
Tuan: Kat kodailah...
Kucing: Tuan, susu nie jenama pe???... Halal tak susu nie Tuan???
Tuan: Mu nie banyak tanye la...minum je la...
Kucing: Ala Tuan nie, nak tanye cikit pun tak bole...
Tuan: Hah merajuk la tu, susu nie jenama CAP KUCING AA+++, yang kau tanya pasal halal ke tidak nie kenapa?? Kau tu kucing, tak payah la nak tahu susu nie halal ke tidak...
Kucing: Yelah Tuan, saya minum dululah eh...
Tuan: Hah, sebelum minum jangan lupa baca bismillah...
Kucing: Baik Tuan, saya sayang kat Tuan...
Tuan: A'ah aku pun same sayang kat kamu jugak.....




Comel tak kucing nie...hehe... ~~~  



"Terima kasih kerana membaca."