Tuesday, April 24, 2012

Kabulnya Doa Nelayan Yang Soleh...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari ini saya jalan² lagi di "facebook" dan jumpa cerita ni...
Harap cerita ni bermanfaat kepada kita semua...
Selamat Membaca...

Pada suatu hari, seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur telah berjaya menangkap seekor ikan. Namun seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan tersebut daripada tangannya dan memukulnya..kira macam kes naya jugak la nie... Maka, nelayan tadi pun berkata, 'Ya Allah, Engkau telah menciptaku dalam keadaan yang lemah dan dia dalam keadaan yang gagah perkasa sehingga dia dapat menganiaya aku. Turunkanlah pengajaran untuknya...'

Setibanya pengawal itu di rumahnya, dia pun menggoreng ikan tersebut dan buat masakan ala² kicap je...Ketika dia meletakkan ikan di atas hidangan, tiba² tangannya tertusuk duri yang entah mana tetiba ada pada ikan itu...Tangannya menjadi parah dan berulat²...

Lama-kelamaan, saraf tidak boleh berfungsi dan tangannya terpaksa dipotong. Pada suatu malam, dia tidur dan bermimpi mendengar satu suara berkata...'Kembalikanlah hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat daripada penyakit ini...'

Setelah dia tersedar dari tidurnya, barulah dia teringat akan ikan yang pernah dirampasnya daripada Abu Jaafar. Maka dia pun segera menemui nelayan tersebut dan menggantikan ikan tersebut dengan RM 10 dan mohon ikan itu dihalalkan. Sebaik sahaja Abu Jaafar memaafkan dan menghalalkannya, dengan izin Allah...dengan serta merta penyakit pada pengawal itu sembuh seperti sedia kala...~the end~




"Terima kasih kerana membaca."






No comments:

Post a Comment