Assalamualaikum...
Merujuk kepada tajuk di atas saya ingin memohon maaf kepada diri saya dan kepada insan yang suka ataupun yang sudi membaca blog saya kerana saya sudah lama tidak aktif berblogging selama hampir BERBULAN-BULAN lamanya.....
Hal ini kerana saya tidak dapat mengaktifkan diri saya selama hampir BERBULAN-BULAN kerana :
1) saya sedang menumpukan pembelajaran saya di sebuah pusat pengajian di Malaysia...
2) saya tiada laptop untuk meneruskan hobi saya sebagai berBLOGing...
DAN SEKARANG... ALHAMDULILLAH...
Saya telah tamat pengajian saya dan sudah memiliki sebuah netbook yang kecil... ALHAMDULILLAH...
Hmmm...Pejam celik-pejam celik dah hampir BERBULAN Dan TAK TAHU BERAPA HARI dah tak kemas blog ni...
Syukur Alhamdulillah saya masih ingat lagi password nak buka blog ni...
Apa²pun perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah mengemas sisa² sampah dan sisa² habuk yang banyak nak kena buang dan menambah apa² yang patut... hmmm...
Walau apapun, saya akan cuba nak aftif berblog semula jika diizinkan oleh Allah...
Saya akan cuba cari post² yang saya rasa sesuai nak post kat blog ni sama ada saya menaip cerita sendiri ataupun saya cari daripada pembacaan post orang lain...
Kalau boleh saya nak post perkara² yang baik untuk panduan diri saya sendiri dan juga kepada insan yang sudi membaca blog saya ni...
Akhir kalam, doakan saya dan berilah semangat kepada saya supaya saya dapat aktif berBLOGing semula...

"Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya."
No comments:
Post a Comment