Assalamualaikum...
Hmmm... Stressnya aku... Ni bukannya menyenangkan kerja aku sebagai seorang bekas pelajar... Ni ada je kerja nak menyusahkan aku... Haish...
Patotnya lepas aku dah berhempas pulas belajar dengan bersungguh-sungguh semua bagai, pihak pengurusan kolej patutnya menyenangkan urusan seseorang pelajar tersebut... Ni tak... dia saje je nak menyusahkan aku...
Allah... Allah... Sabar... Sabar...
Macam mana nak bersabar... patutnya skrol dan transkrip tu aku sepatutnya dah dapat dah... Aku konvo tarikh 3 September hari tu... Ni dah dekat sebulan dah tapi tak nampak pun ada tanda² bayang² yang skrol dan transkrip aku tu dah sampai... haish...
Aku tak berapa faham la dengan pengurusan yang dibuat oleh kolej tempat aku belajar tu... Sepatutnya lepas konvo semua perkara berkaitan skrol dan transkrip semua bagai tu dah selesai... ni tak... aku punya... Perrrggghhh... Pening kepala aku pikir weiii...
Ye... memang dia ada bagi tahu kat surat yang dia bagi sebelum ni yang tarikh konvo 3 September, lepas tu kena pula ambil skrol dan transkrip kat kolej pada 8 September... Perrrggghhh... dah la kolej aku tu jauh daripada rumah... Kalau jaraknya 1 km je boleh gak la aku gi jalan kaki je nak gi ambil skrol dan transkrip tu... Haish... Ni tak dah la jauh kot kolej aku tu... Nak gi sana naik bas je dah ambil masa 3 hingga 4 jam lamanya, tambang pun tak terkira la jawabnya... Haish... Pihak pengurusan kolej ni pun satu la bukannya nak tolong nak menyenangkan kerja orang lain malah menyusahkan la pula... Haish...
Aku betul² tak faham la... Kenapa la skrol dan transkrip tu dia tak bagi je masa lepas pulangkan jubah konvo tu je, sedangkan hari pemulangan jubah konvo tu masa hari konvo tu jugak... Haish... Kan senang sikit keje kalau skrol dan transkrip tu dah dapat lepas pulangkan jubah konvo tu... Ni tak, nak susahkan orang je... Sepatutnya pihak pengurusan tak payah la susah² kan pelajar semata-mata nak suruh pelajar kena datang kolej bagai masa hari lain semata-mata nak ambil skrol dan transkrip tu je... Haish... Aku bukannya apa, aku rasa patutnya masa pulangkan jubah konvo tu dia dah bagi dah skrol dan transkrip tu kat pelajar, senang sikit kerja pelajar tak yah dah nak fikir apa² masalah lagi dah lepas konvo... Dan lagi satu sebenarnya kalau skrol dan transkrip tu dia dah bagi lepas graduan tu pulangkan jubah konvo tu , pihak pengurusan sebenarnya dah menyenangkan kerja dia selesai awal dan rehat awal... tu pun jika pihak pengurusan tu betul² buat kerja dia la kan... Haish... Kalau universiti lain boleh buat kenapa la kolej aku tu tak boleh nak buat eh... Haish... Pening kepala aku pikir weeiii...
Aku, kalau ikutkan hati aku yang panas membara ni nak je aku maki hamun kat pihak pengurusan tu dengan kata² yang.... haish tapi yang sebenarnya tak elok la kan kalau nak maki hamun tu pun kan sebenarnya... Tapi kalau orang dah marah tu... hah... faham² je la kan...
Aku memang dah tahu dah yang aku tak dapat nak gi ambil skrol dan transkrip tu pada masa tarikh yang dah dinyatakan tu kan... Jadi nya aku minta la tolong kat pihak pengurusan tu supaya tolong poskan aku punya skrol dan transkrip tu, tapi tu lah sampai sekarang bayang² skrol dan transkrip aku tu tak nampak² lagi bila la agak² nya boleh sampai... Haish... Aku pun bila skrol dan transkrip tu tak sampai lagi, aku pun hantarlah email, lepas tu dia balas, dia kata kena isi borang KPT... Hah???... Apa itu KPT... cari lah sendiri aku malas nak huraikan...
Lepas aku dah isi borang KPT tu, aku tunggu la lagi... Dah sepuluh hari berlalu skrol dan transkrip aku tu tak nampak pun lagi bayang² dia bila la nak sampai, aku email lagi kat pihak pengurusan tu... dia tak balas, aku telefon pun dia tak angkat... empat hari lepas baru dia balas email, dia kata dia bercuti panjang... Perrrggghhh... Bercuti... Untunglah weeeiii dapat bercuti panjang... Yang aku ni dok tunggu je bila la skrol dan transkrip aku ni kenapa la tak sampai² lagi ni, dia boleh kata dia bercuti... Perrrggghhh... Ok... fine. .. fine...
OK... aku nak bagi tahu kat sini, sebelum hari konvo tu aku dah jumpa dah pihak pengurusan tu yang aku dapat menghadiri konvo tapi aku tak dapat nak datang masa nak ambil skrol dan transkrip tu, jadi aku minta tolonglah kat pihak pengurusan tu supaya tolong poskan aku punya skrol dan transkrip tu... Dia sendiri yang cakap boleh dan dia hanya minta aku semak nama penuh, alamat dan no telefon, tu je, aku pulak sebelum balik tanya pihak pengurusan tu lagi sekali ada apa² urusan lagi tak yang dia nak aku selesaikan, dia kata tak ada, aku pun hah.. oklah kan... Tapi lepas tu.. Hmmm... Oklah ingatkan kerja dah selesai, tapi lepas konvo tu aku cuba telefon balik pihak pengurusan tu, tiba² je dia email kat aku suruh isi borang KPT la bagai... haish... lepas tu baru² ni dia hantar email lagi, dia suruh la pula aku buat pembayaran sebanyak rm 10 menggunakan wang pos, lepas tu dekat depan wang pos tu kena kosongkan tak yah nak tulis apa² bagai... Haish...
Hmmm... Ye ke.. tak yah nak tulis apa² kat depan wang pos tu, macam tak caya je... aku ni, walaupun tak tahu sangat la kan cara macam mana nak guna kan wang pos tu, tapi aku tahu la, tak kan la tak yah nak tulis apa² kot kat depan wang pos tu... karang tiba² tak sampai lak wang pos tu kat pihak pengurusan tu kan dah menyusahkan aku... Haish...
Hmmm... Yang pasal wang pos tu pun, ni hah ayah aku yang baik hati lagi prihatin tu hah yang tanya kat aku, kalau dia tak tanya kat aku , memang jawab nya aku tak tahu la kan apa lagi.. Haish... Ayah aku kata, takkan la kat depan wang pos tu tak yah nak tulis apa² kot... biar betul... kot nya tiba² tak sampai lak wang pos rm 10 hengget tu kat pihak pengurusan tu kan susah, hah???... kan dah membazir je buat wang pos tu, dah la mahal harga wang pos tu rm 10 hengget pulak tu, kalau percuma je kan senang tak yah susah²... Haish susah betul la... tengok... aku pula yang kena bebel panjang² dan kena marah... Hmmm... Hai la pihak pengurusan kalau tak menyusahkan orang lain tak boleh ke hah???
Haish... Tu la hai pihak pengurusan oiii... Lain kali bagi la tahu awal² kat aku masa aku gi jumpa kalian sebelum konvo tu, cuba la cakap kat aku terus ada perkara yang nak kena buat jika aku tak dapat nak ambil skrol dan transkrip tu... kena isi borang KPT semua bagai tu... lepas tu cakap la kalau tak boleh datang masa ambil skrol dan transkrip masa tarikh 8 September tu, aku kena sediakan wang pos sebanyak rm 10 hengget... Hah... kan senang kalau dia bagi tahu aku awal²... Ni tak aku pula yang kena tunggu bukan main lama lagi, macam tunggu buah yang tak gugur² dari pokok tu hah... Haish... Sabar je la weeeiii... aku hantar email tak balas, aku telefon lak tak angkat... Sabar je la weeeiii... Haish... Perrrggghhh... Sabar je la weeeiii... Stress aku sebenarnya ni weeeiii... Haish... Sabar je la kan weeiiii... Haish...
Komen aku:
► aku sebenarnya berasa kecewa dengan kolej tempat aku belajar tu, walaupun dulu aku sendiri yang buat keputusan nak belajar kat situ tapi aku tak sangka boleh jadi begini...
► aku akan sedaya upaya menjaga nama sebenar kolej tersebut dan tak akan memburuk-burukkannya walaupun pada dasar hakikatnya aku sebenarnya tak berapa suka dengan pengurusan pentadbiran kolej tersebut yang cuba mencari kekayaan dan keuntungan bagai lupa asal usul dan tujuan matlamat sebenar kolej tersebut ditubuhkan dan selain itu sering menyusahkan para pelajar yang belajar di situ...
► entah la... kolej aku tu tak de la popular mana pun sebenarnya dan ianya sebenarnya INDAH KHABAR DARI RUPA ja... tapi tu la... memang tak dapat dinafikan memang ramai yang tertipu dan terpedaya nak masuk kolej tu termasuk la aku ni ... hah... sampaikan ada yang kata... padan muka kau... haish... stresss aku weeeiii...
► kalau dah masuk kolej tu separuh jalan, lepas tu nak keluar gi sambung belajar kat tempat lain pula bukan tak boleh tapi pikir kan la beribu-ribu kali sebab sebelum masuk kolej tu banyak bayaran yang tak masuk dek akal nak kena bayar, bayaran nak kena bayar bukan sikit tapi beribu... aku dulu sebelum masuk bayar sikit je, tapi sebab aku dah tanda tangani perjanjian ptptn tu yang susah sikit, nak keluar dari kolej tu... nak keluar memang kena pikir berjuta-juta kali la kan takut nanti pada masa hadapan ptptn pula yang cari aku minta aku bayar balik bayaran yuran pengajian yang dah aku pinjam kat deme walaupun aku baru je belajar kat situ selama sebulan...
► untuk pengetahuan, aku bukanlah anak orang kaya... jadi aku teruskan jugak belajar kat situ walaupun aku tahu banyak duit mak dan ayah aku dah habis kat kolej tu... tapi tu la aku tak dapat nak buat apa², jadi aku teruskan je belajar walaupun kadang² terseksa gak la belajar kat situ...
► yang paling aku bersyukur sangat² → Alhamdulillah pensyarah² yang mengajar kat situ semuanya baik² belaka dan mereka semua sudi mengajar lebih masa walaupun gaji yang diorang dapat tak setimpal dengan kelulusan akademik diorang semasa mengajar di situ... maksud aku gaji yang diorang terima dari kolej aku tu rendah berbanding kelulusan akademik diorang yang tinggi tu...
► itu ja la kot... akhir sekali jangan tanya aku belajar kat kolej mana... ada paham... kalau tak paham gak buat² jak la paham ya... haish...
"Tamatzzz."
"Terima kasih kerana membaca."
No comments:
Post a Comment