Sunday, January 3, 2016

“AKU NIKAH PAKAI JUBAH KONVO.”

Dimulakan dengan Bismillah...
Disudahi dengan Alhamdulillah....

Hmmm...
Assalamualaikum semua pembaca blogger sekalian...

Oppsss... Oppsss...
Mintak laluan...
Mintak laluan...

Kepak, Kepak, Kepak...
Kepong, Kepong, Kepong...

Kelopak, Kelopak, Kelopak.....
Kelopak Jantung, Kelopak Jantung, Kelopak Jantung.....

Kepak, Kepak, Kepak...
Kepong, Kepong, Kepong...

Kelopak, Kelopak, Kelopak.....
Kelopak Jantung, Kelopak Jantung, Kelopak Jantung.....

Kepak, Kepak, Kepak...
Kepong, Kepong, Kepong...

Kelopak, Kelopak, Kelopak.....
Kelopak Jantung, Kelopak Jantung, Kelopak Jantung.....

Teng, teng...
Keteng, teng, teng, teng... teng...
Teng....teng, teng....

Selamat pengantin baru.....
Selamat berbahagia......
Selamat ke anak cucu.....
Selamat sejahtera.....

Semoga berpanjangan.....
Semoga berkekalan.....
Semoga satu tujuan.....
Semoga aman......

Hidup mestilah rukun.....
Sabar paling perlu.....
Cinta setiap hari.....
Senyum mesti selalu.....
oh...oh....oh...oh...

Selamat pengantin baru.....
Selamat berbahagia......
Selamat ke anak cucu.....
Selamat sejahtera.....

Hidup mestilah rukun.....
Sabar paling perlu.....
Cinta setiap hari.....
Senyum mesti selalu.....
oh...oh....oh...oh...

Selamat pengantin baru.....
Selamat berbahagia......
Selamat ke anak cucu.....
Selamat sejahtera.....
Selamat sejahtera.....


Hohohoho....
Perhatian... Perhatian... 
Minta Perhatian...
Cerita yang bakal dinukilkan ini hanyalah rekaan penulis semata-mata...
Tiada kena-mengena dengan diri penulis sendiri dan juga tiada kena-mengena dengan insan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...
Minta Perhatian...
Minta Perhatian...
Harap Maklum...


Hmmm...Mostly...
Sebelum apa²,,,
Nak ucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada pasangan pengantin yang telah berkahwin dan juga yang bakal berkahwin...
Setinggi-tinggi ucapan tahniah ingin diucapkan... 
TAHNIAH... TAHNIAH... TAHNIAH LA YER...


OK... den tak nak buang maso...
Den nak mulokan ceghito den ni...


15 & 16 hari bulan tahun 20...
Aku dapat jemputan ke majlis rakan sekerja ku,,,
Wah!!!
Tahniah sahabat, rasanya baru je mengenali kamu...
Tahniah setahniah, tahniahnya...
Tak sangka kamu bakal mendirikan rumah tangga...
Apa² pun ku harap kamu kekal berbahagia bersama pasangan kamu...

Orang dah menjemput, jadi aku pun pergi la ke majlisnya...
15 hari bulan tu hari dia akad nikah dan esoknya 16 hari bulan tu hari walimahnya...
Alhamdulillah hari 15 hari bulan tu, aku dapat menyaksikan hari dia diakad nikahkan...
Dia nampak tenang je... 
Tapi... aku tahu hati dia mesti berdebar-debar menunggu lafaz sah yang bakal ditanya oleh tok kadi kepada saksi²nya sama ada perkahwinan mereka suami isteri itu sah...

Hmmm...
Alhamdulillah, bakal pasangannya iaitu suaminya berjaya melafazkan lafaz akad dengan sekali lafaz dan rakanku itu dan suaminya kini sudah sah menjadi suami isteri,,, Alhamdulillah...
Selesai akad, mereka berdua menunaikan solat sunat kemudian barulah acara membatalkan air sembahyang dan juga sesi gambar-bergambar...
Kemudian... barulah kami pergi makan di rumah rakanku itu...
Haaa... kalau nak tahu, rakanku itu dia nikah di masjid jadi lepas kami selesai bergambar barulah kami ke rumah beliau untuk makan... hohoho...

Dan... Esoknya....
Masa hari walimahnya aku makan lagi... hehe...
Alhamdulillah... makanannya sedap² sangat... hehe...
Alhamdulillah segala-galanya ku lihat sepanjang majlis walimah rakanku itu majlisnya berjalan dengan lancar sekali...

Haa... Dan...
Yang istimewanya bagi aku...
Majlis walimahnya kawan aku tu dibuat di dalam kelas di sebuah sekolah...
Sekolah yang mana tu tak dapat la nak diberitahu...
Tapi bagi aku, aku rasa 'special' sangat² sebab lain dari yang lain...
Dan... itulah pertama kali aku pergi ke majlis walimah yang dibuat di dalam kelas di sebuah sekolah dan aku makan di situ.....huhu...

Alhamdulillah... itu rezeki masing-masing yang nak buat majlis walimah di mana...
Dan… Setiap orang tu percaturan hidupnya tak sama, ada orang yang kahwin awal dan sebaliknya...
Apa yang penting, rakan aku tu dah selamat berkahwin dan sah sebagai suami isteri bersama dengan pasangannya...

Dan... aku...
Hmmm...
Bila aku nak kahwin...???
Haaa...
Itu pertanyaan daripada rakan sekerjaku dan juga daripada atukku...
Kalau rakan sekerja ku tanya, aku mampu jawab InsyaAllah... doakan la ye...
Tapi... 
Kalau atukku yang tanya, aku senyum je... tak terluah ayat nak mintak tolong atukku supaya doakan aku supaya cepat² kahwin... haha... perasan betul aku ni...

Hmmm...
Alhamdulillah...
Aku setakat ni tak de la rasa 'stress' sangat bila tengok ada orang² muda yang kahwin awal dan lepas tu mereka yang kahwin awal tu dah ada anak...Wah tahniah la ye dah ada anak....
Lagi²... kawan² aku, ramai gaklah yang dah kahwin dan ada yang dah ada anak dah pun... Wah tahniah la ye sahabat...

Hohohoho... Hmmm...
Sebenarnya bagus kahwin muda ni sebenarnya sebab senang nak rancang kehidupan di masa akan datang...
Haaa... Contohnya nak dapat anak berapa ramai semua tu la kan... Hahaha...
Lagi pun orang kata murah rezeki la katakan bila dah kahwin ni... Hehehe...

Hmmm...
Aku bukan tak nak kahwin...
Tapi ye la...
Nak kahwin ni bukan boleh dibawa main²...
Besar tu tanggungjawab bila dah kahwin ni...
Haaa... betul ke idak...???

Haaa... Betul...
Bagi yang dah sampai jodoh awal tu tahniah la ye...
Bagi yang belum tu... kita sama² la berdoa agar mudah urusan kita ketika nak berkahwin nanti... Amin...

Hmmm.....
Pejam celik, pejam celikkan...
Suatu hari tu kan aku bermimpi sebelum fajar subuh menjelma... 
Aku mimpi aku hadirkan diri untuk kursus pra-perkahwinan… Mimpi je… 
Yang mimpi pasal kursus pra-perkahwinan ni lama gak la aku mimpi, dekat seminggu gak la aku mimpi... hohoho...

Hari pertama tu aku mimpi dia cerita pasal kursus berkaitan kekeluargaan & keibubapaan... 
Haaa... ni dia cerita pasal tanggunggjawab kita la an bila nanti kita dah jadi ibu bapa, cara-cara nak menjaga anak dan menguruskan anak², cara-cara kita nak menghormati dan melayan ibu dan bapa mertua, adik-beradik pasangan suami isteri, mendidik anak² dan banyak lagi lah yang dia cerita pasal kekeluargaan sampai 'full' juga la 'memory brain' aku... haha... melampau tahap gaban punya bahasa....

Lepas tu, hari kedua tu an aku mimpi dia cerita pasal fiqh... 
Haaa... yang kursus pasal fiqh ni an dia pecahkan kelas tu ikut jantina... 
Haaa... mula² tu aku tak paham kenapa, lepas tu baru aku tahu...
Dia tak nak peserta perempuan yang ikut kursus tu malu² nak tanya soalan rupa²nya...
Dan... yang bagi ceramah tu pun rupa²nya suami isteri... Wahhh... 'Soo Sweeettt'
Yang si suami dia bagi kursus pada peserta lelaki, manakala yang isteri dia ni bagi kursus kat peserta perempuan... Wahhh... 'Mooree Sweetest'...
Yang bahagian kursus fiqh ni dia cerita macam mana nak menghadapi malam pertama, lepas tu masa nak bersama masa malam pertama tu nak kena baca doa apa, cara²  nak mandi junub, cara² nak kira tarikh 'period', amalan yang perlu diamalkan ketika mengandung, nama anak yang sesuai nak diberi masa anak tu lahir dan banyak lagi lah... Haaa... yang ni pun 'full' gaklah 'memory brain' aku... haha...

Seterusnya an, malam ketiga tu an aku mimpi, dia cerita pasal cara² nak menguruskan kewangan...
Haaa... ni dalam mimpi ni aku banyak guna kalkulator... haha... almaklumlah nak mengira...

Lepas tu an, hari keampat tu an aku mimpi, dia cerita pasal kedoktoran... hahaha...
Yang ni aku pelik sikit, sebab ada kawan aku yang cerita, dia dah pegi kursus kahwin tak de pun dia cerita pasal kedoktoran... haha...
Kiranya aku yang mimpi ni kira bertuah la an dapat la sikit mimpi mengenai ilmu pasal kedoktoran ni... Haha... 
Dalam mimpi tu dia cerita, macam mana nak buat 'cardiopulmonary resuscitation'... haha... tahu ke abendenye tu... haha... tu namanye CPR...
Lepas tu dia ada ajar macam mana nak rawat luka orang yang cedera, cara cuci luka dan cara balut luka...
Haaa... nampak macam 'simple' je, sekali kena praktikal... haaa... ternganga semua...
Dan... ilmu tambahan yang dia ada ajar jugak macam mana cara nak tukar 'pampers baby', nak buat susu baby, nak mandikan baby, nak bagi baby makan apa, apa yang baby boleh makan dan apa yang tak boleh...
Haaa... ni pun kira tepu gak lak otak aku... banyak gak la ilmu yang bermanfaat yang diajar walaupun hanya dalam mimpi... haha...

Dan... yang ni kira terakhir la an...
Yang mimpi hari kelima tu, aku mimpi pasal masakan... haha...
Yang ni chef mana ntah yang aku mimpi, dia ajar kami peserta kursus memasak makanan yang mudah dan berkhasiat...
Ni pun, bagi aku kira penting gak la ilmu ni...

Lima hari aku mimpi...
Lima orang penceramah yang berbeza yang bagi kursus...
Hari pertama tu kiranya orang yang berkaitan dengan kaunselor la an...
Yang kedua tu ustaz dan ustazah...
Yang ketiga tu akauntan...
Yang keampat tu doktor...
Dan yang kelimo tu chef...
Haha... lawak la...
Aku tak tahu la...
Ada ke la orang yang dapat mimpi macam aku tu...
Yang ni semua hanya cerita khayalan mimpi semata-mata je ye... jangan ambil serius sangat la ye... 
Kalau realiti lain ghupenyer...

Haha... Dan...
Lagi satu...
Pejam celik, pejam celikkan...
Suatu hari tu an sebelum fajar subuh sekali lagi menjelma an... tak lama lepas aku mimpi aku hadirkan diri untuk kursus pra-perkahwinan tu an aku mimpi lagi....  
Hmmm... yang kali ni dia punya mimpi an sesangat-sangat la pelik weyyy… Aku rasa mimpi kali ni macam dah terlebih ober la pulak kekhayalan mimpi aku tu weyyy... Heyyy…heyyy waleyy waleyy… heyyy… betul weyyy, betul sesangat² aku rasa mimpi aku kali ni macam terlebih ober…
Haha… nak tahu aku mimpi apa…???
Aku mimpi... 

"AKU NIKAH PAKAI JUBAH KONVO"

Haha... 'seriously' kelakar...
Manalah ada orang nikah pakai jubah konvo weyyy...
Haha...

Bangun je tido an... tersenyum² je aku weyyy... macam tak caye je...
Aku dah konvo dah pon taun lepeh, ni ntah mane tah eh datang nye lak mimpi tetiba je aku nikah pakai jubah konvo ni bagai...
Haha... 'seriously' aku rasa kelakar sesangat²
Kalau jadi kat alam realiti... Haha... tak dapat ku bayangkan, mesti kelakar an.. Haha...

Haha.... masa aku mimpi tu an, aku nampak 'my mom, my dad and my sibling', haha... hambik kau... terus 'speaking english'... haha... senang ceghita an, aku nampak 'family' aku ada macam bersembang la dengan sorang laki ni an, tapi aku tak nampak langsung la muka laki tu an, sebab nye an muka laki tu macam kabur², tapi yang aku tahu dia tu lelaki sebab aku nampak jelas dia pakai songkok, lepas tu rambut dia pendek dan dia pakai baju kemeja... Haha... nampak 'smart' la pula an... Haha... terlebih perasan la pulak aku ni... Haha... 'It just a dreammyy hookkeyy, not a reality.'.... Haha... lawak pulak rasanya...

Haha... masa aku nampak lelaki tu sembang dengan 'family' aku tu an masa tu aku tengah tengok bunga-bungaan yang 'student²' konvo bakal dapat la an...
Hmmm... terbayang-bayang aku masa konvo dulu, aku tak dapat pun hadiah bunga-bungaan tu...
Aku, tahu masa aku konvo dulu, 'family' aku tak mampu nak beli bunga-bungaan untuk aku...
Tak pe la, aku pon paham... Aku dah dapat pegi konvo tu pon aku kira dah bersyukur dah... sangat²...
Tapi... ye lah teringat kata² seseorang padaku dulu... Dia kata, ingatkan kau tak pegi konvo sebab ada seseorang kata kau tak nak pegi...

Sedih, aku masa tu weyyy, rasa macam tak dipedulikan je masa konvo tu, sepatutnya masa konvo tu aku 'happy', tapi sebenanya tak weyyy...  Hmmm….
Sedih aku bila teringat balik peristiwa konvo tu weyyy... tahu tak sebab apa, sebab masa konvo tu la an ada yang menjauhkan diri daripada aku...
Ada yang sebelum konvo tu, aku tak tahu la dia tak sengaja ke atau sengaja ke tolak aku ke tempat lain masa nak sesi bergambar daripada sorang 'member' aku ni dia punya 'family' la an yang amik kan gambar tu an...
Lepas tu, masa dah abis konvo tu an, ada yang amik² gambar, tapi diorang tak pelawa pun nak ajak aku bergambar bersama... 
Sedih aku rasa weyyy... Aku rasa nak nangis je 'time' tu, tapi Alhamdulillah air mata ku tak keluar ‘time’ tu, kalau keluar mesti aku rasa malu…sesangat²....
Memang tak dapat nak dinafikan la an... memang sedih sangat² la an aku rasa...
Dan... lagi satu...
Aku ni, tak de la kan 'handphone' cecanggih yang boleh nak amik gambar kan, jadi aku mintak la tolong sorang 'member' aku ni amik kan gambar aku guna 'phone' dia, lepas tu aku mintak la tolong dia 'post' kan gambar aku tu kat mesej facebook kan, tapi sampai sekarang tak de pon dia 'post' gambar kat aku... 
Ntah² agak²nya dia dah 'delete' dah kot gambar aku tu... Hmmm... kalau dia dah 'delete' gambar aku tu an nak buat macam mana an, redha kan je la an... Yelah, 'handphone' dia punya, kalau dia tak suka gambar aku mesti dia 'delete', tapi kalau dia ingat gambar aku masti dia teros 'post' je gambar aku tu kat facebook kan... Gambar aku tu rasanya bukannya banyak sangat pun, rasanya gambar aku hanya sekeping dua je rasanya yang aku mintak amik, satu aku pegang skrol je dan satu lagi ada sorang ‘member’ aku ni yang murah hati kasi aku pegang dia punya bunga-bungaan, maknanya lagi satu gambar tu aku bergambar dengan pegang skrol dengan bunga-bungaan tu la... 

Hmmm... itu peristiwa tahun lepaih, kalau ingat balik memang sedih...
Aku sebenarnya yang paling aku tunggu² masa konvo sebenarnya bukannya aku nak sangat pon amik skrol, tapi sebenarnya yang paling² aku nak masa konvo tu senanya ialah bunga-bungaan tu lah...
Tapi nak buat macam mana kan harga bunga-bungaan tu RM 100++ menyebabkan 'family' ku tak mampu nak beli... Aku hanya mampu pegang sekejap je bunga-bungaan daripada sorang 'member' aku, tu pun aku dapat pegang sebab aku nak amik gambar je,,, huhu...

Hmmm... tinggalkan kenangan yang lepas, sekarang aku nak sambung balik cerita mimpi aku yang tergendala tu...

Dalam mimpi tu, aku bangun awal, mandi dan bersiap-siap untuk menghadiri konvo seseorang, tapi aku pon tak tahu la nak gi konvo sapa... haha...
Lepas tu aku nampak sebelum mula majlis konvo tu aku tengah tengok bunga-bungaan, sambil² tu aku nampak ada sorang laki ni, aku pon tak kenal sapa dia sebab tak nampak muka dia, dia ni tengah sembang² dengan 'parent' aku dan aku pon tak tahu lah apa yang dibualkan... haha...
Seterusnya lepas tu aku tengok majlis istiadat konvo, cantik sesangatt² jubah konvo yang mahasiwa dan mahasiswi tu pakai... Rupa-rupanya untuk setiap kos berbeza rupa-rupanya jubah konvo yang dipakai, ada yang warna hitam, hijau merah, 'purple', biru dan kelabu... Warna yang paling aku suka dalam bebanyak jubah konvo tu hanya tiga warna je yang aku suka, biru, hijau dengan hitam je yang aku suka, yang lelain tu boleh la, tapi kureng berkenan sikit la kan... hehe...

Haaa... lepas tu kan, selesai je istiadat konvo tu kan... 'family' aku ni, kami ni bergambar-gambar la an... Dalam mimpi ni aku nampak kami bergambar-gambar la an, tapi aku tak tahu la guna kamera sapa entah aku pon tak tahu dan maleh nak amik tahu... haha...
Lepas sesi bergambar tu selesai kan, 'family' aku ni, kami singgah la masjid nak solat zohor... Hurmmm, Alhamdulillah konvo tu selesai awal kul 2.30 dah selesai semuanya..
Masa singgah solat tu kan, aku nampak lelaki yang sembang dengan 'family' aku tu pun ada kat masjid tu sekali... Haha... ape la masalah aku sekang ni, dia pon singgah masjid nak solat gak, itu pon tak boleh ke...??
Haha…boleh je dia nak singgah solat kat masjid tu an sebabnye tempat konvo tu an dekat je dengan masjid dan senanye tak de masalah pon dan tak pelik pon senanya masa dia solat kat masjid tu, sebab masa tu memang solat waktu solat zohor an…
Hmmm… lepas ‘family’ aku selesai solat an, kami se’family’ pon amik² la gegambar sesame la an kat kawasan masjid tu, sebabnye an pemandangan kat masjid tu cecantik² sangat²…
Lepas tu an kami se‘family’ an, gegilir la an amik gegambar individu la an… haha bahasa punyalah tak berapa nak baku… maknanye an amik gegambar sesorang la an sambil pegang skrol dengan bunga-bungaan… haha… dan aku jadi la yang terakhir sekali kena amik gegambar sesorang… haha… terasa keasingan di situ… haha…poyo betullah…
Lepas ‘turn’ aku amik gambar an, ‘family’ aku suruh masuk masjid balik…
Eh… eh… eh… pelik aku, rasanya waktu asar belum masuk lagi, takkan la nak amik gambar dalam masjid pulak an,
Eh…eh…eh…pelik aku, kenapa kena masuk masjid balik eh…???

Huhhh… tarik nafas panjang aku… haha…
Nak tahu tak kenapa…???
Aku nampak banyak dedulang yang macam dulang hantaran untuk orang kawin tu…
Lepas tu an, aku nampak ada tiga bantal ‘kaler’ putih kat dalam masjid tu…
Ada dua bantal tu an diletakkan kat sebelah kanan masjid dan di antara bebantal tu an, ada ‘microfon’… Dan lagi satu bantal tu diletakkan jauh sedikit kat belakang…

Haha… ada orang nak kahwin ke…???
Tapi siapa eh?
Sebabnye an aku tak nampak pun ada pasangan yang bakal menjadi pengantin kat situ…
Hmmm… pelik², siapalah yang nak kawin tu ye…
Kalau dah ada bebanyak hantaran tu an, mesti la ada pasangan yang bakal nak kawin…
Lepas tu an yang aku pelik, siapa la yang bawak bebanyak hantaran ni ye, sebabnye an, aku tak nampak pun ada segerombolan keluarga ke yang ada datang sekali tetolong bawakkan hantaran ni la an…

Hmmm… pelik²…
Kalau ada pasangan yang baru je akad nikah an, mesti la keluarga diaorang bawak balik an dia nye hantaran, takkan la dia nak tinggalkan an…

Heish… musykil aku sekang ni weyyy…
Sebabnye an, seingat aku la an, masa aku amik gambar dengan ‘family’ aku tadi an tak de la pula an aku nampak ada bebanyak kete ke macam ada orang nak kawin an…
Hmmm… pelik²… sape la senanye yang nak kawin ni eh…???

Haha… lawak weyyy…
Dah la kat dalam masjid tu ada bantal, dah macam ada orang bakal duduk kat situ nak akad nikah dan lepas tu pulak ada pulak banyak hantaran… Haha… kelakar pulak aku rasa… Nasib baik aku tak tergelak² sebab rasa kelakar, kalau tak buat malu je…

Hmmm… penat² aku pikir an, sapela nak kawin an…
Tetiba an aku nampak, lelaki yang sembang dengan ‘family’ aku masa aku tengah tengok bunga-bungaan masa konvo pagi tadi an, dia dah duduk kat bantal yang ada di antara ‘microfon’ tu…
Lepas tu an, lelaki tu an dia pakai jubah konvo…

Haha… dalam hati aku an, aku dah tergelak²  dah…
Haha… aku rasa kelakar sangat²…
Lelaki tu… Haha… dia nak akad nikah pakai jubah konvo ke…???
Haha… jahat betul aku gelakkan dia…
Hmmm… Sebok² aku gelakkan lelaki tu an, aku terpikir…
Hmmm… Sape la bakal pengantin perempuan yang bertuah sesangat² yang bakal jadi isteri dia eh…???

Haha… jahat betul aku ni, aku ni gelak² kat lelaki tu dah macam aku perli lelaki tu je…
Hmmm… Tapi an aku rasa an untung betul bakal isteri dia, sebab ape an, sebab… diorang berdua tu an bakal dinikahkan… Dan akan bakal menjadi suami isteri yang sah..
Dan… yang paling istimewanya lagi bagi aku an…bakal isteri lelaki tu pon an mesti dia pun akan pakai jubah konvo sekali an… Takkan la lelaki tu je yang pakai jubah konvo… mesti la diorang berdua tu akan pakai jubah konvo sesame an… Dan… seumur hidup aku ni la kan, inilah kali pertama aku bakal lihat ada bakal pengantin yang akan dinikahkan pakai jubah konvo…
Haha… Mesti comel an bakal pengantin tu nanti an… Haha…
Dan… kalau lah aku yang jadi bakal pengantin perempuan tu kan, mesti ‘best’ an… Haha… Mana tahu an aku dengan pasangan lelaki aku an boleh catat sejarah dalam ‘Malaysian Books Of Recods’ sebab akad nikah pakai jubah konvo… Haha… Jauh betul angan² aku ni… Haha… tolong la weyyy jangan la berangan terlebih obber sangat ye… Hihi…

Hmmm…
Sebok² aku berangan-angan kan, mana la bakal pengantin perempuan nye eh…???
Aku tak nampak pon bakal pengantin perempuan duduk kat bantal yang diletakkan tidak jauh dari tempat akad nikah tu, aku senanye nak tahu gak la sape la yang bakal jadi pengantin perempuan tu yer…
Hmmm…Tok kadi nye pon dah sampai dah…
Mana la bakal pengantin perempuan tu eh…???
Haha… aku pon nak tahu gak sape la perempuan yang bertuah yang bakal dinikahkan dengan lelaki yang pakai jubah konvo tu… Hihi…
Mesti perempuan tu comelkan… Dan dia pon mesti tak kesah pon yang dia kena pakai jubah konvo masa hari dia diakad nikahkan hari ni an… Hihi…

Fuhhh… kali kedua weyyehh aku tarik nafas pepanjang ni…
Huhhh… tahu tak kenapa…???
Tetiba je an jantung aku macam berhenti berdegup, bila tetiba je an aku diminta untuk duduk kat bantal putih yang telah tersedia tak jauh dari tempat akad nikah tu…
Hmmm… ape lagi an, bila dah mula duduk kat bantal tu an, aku rasa jantung aku makin laju je berdegup…
Berdebar² weyyy aku, dah la jantung aku berdegup laju je macam tak cukup oksigen je, hehhh…
Aku dah tak senang duduk dah, kejap² aku toleh² depan, kejap² aku toleh² belakang…
Fuhhh… aku tarik lagi nafas panjang untuk kali ketiga nye…
Hmmm…
Kali ni, aku tanya kat diri aku… betul ke aku yang kena duduk kat bantal ni…???
Betul ke aku, tapi kenapa aku…???

Hmmm…
Macam tak caye je…
Aku ke yang bakal jadi isteri lelaki yang pakai jubah konvo kat depan aku ni…???
Alamak ehh… Ni ke balasannye bile aku gelakkan lelaki ni tadi, sekang ni, aku pulak yang bakal jadi isteri dia…
Alahai… ape la nasib ku ini…
Aku dah la tak kenal kau tu sape… heh…???
Tapi an, kalau lelaki yang kat depan aku ni kan betul² dia nak jadikan aku ni isteri dia an, dia kenal ke aku ni sape…???
Dia ni tahu ke perangai aku ni cemana…???
Dia tahu apa² ke pasal aku ni… heh…???
Heh… pelik aku…
Kenapa la aku tak tahu aku bakal jadi isteri orang ni… heh…???
Kot ye pon, aku bakal jadi isteri orang hari ni, kenapa ‘family’ aku tak bagi tahu ape² pon kat aku eh… pelik²… dan bertambah-tambah la lagi kemusykilan aku… heh… pelik²…

Tetiba an… tok kadi tanya aku…

TOK KADI : Ya saudari bakal pengantin perempuan, adakah anda bersetuju untuk dinikahkan dengan saudara !@#$%^&*()_+={}[];.
AKU : Diam… (aku tak tahu nak kata apa² sebab tergamam.)

Lepas tu an, saksi perkawinan tu kata an, aku ni bersetuju nak kawin, sebabnye an aku diam je…
Diorang kata an, kalau seseorang perempuan tu an bila di tanya dia setuju ke tak nak kawin an, bila… dia diam tu maknanya dia setuju la tu…
Eh… eh… eh… bila masa pulak aku setuju…
Heh… kuno betullah pemikiran bila perempuan tu diam je, terus kata setuju nak nikah… Heh…
Adoiyaiii… ape nak buat ni…
Yang lelaki tu pulak bila tok kadi tu tanye, adakah anda bersetuju untuk mengambil saudari “?/><:;{}[]+=”. menjadi isteri anda an…
Terus laju je laki tu jawab : YER SAYA SETUJU…
Alamak… ehhh, apa aku nak buat ni…
Nak lari keluar dari masjid ni, orang yang masuk masjid pulak makin ramai…
Alahai… Apa aku nak buat ni  weyyy…

Hmmm… Nak solat sunat nak mintak petunjuk boleh, sebab air wuduk aku masa solat zohor tadi pon ada lagi ni, tak batal lagi, tapi macam mana, kat mana aku nak solat sunat…
Orang kat masjid ni dah la makin ramai…
Kalau tak salah aku lagi setengah jam lagi dah nak masuk waktu solat asar dah ni…
Hmmm…
Apa aku nak buat ni weyyy…
Aku toleh belakang, cari² mana ‘family’ aku berada aku nampak mereka senyum je kat aku sambil tu buat tanda isyarat bagus…
Wah… mereka pon macam dah setuju je aku bakal dinikahkan dengan lelaki jubah konvo ni…
Hmmm… keluarga pon dah menyokong, jadi aku pon banyak² kan la selawat, zikir dan banyakkan la berdoa semoga aku boleh terima lelaki yang bakal menjadi suami aku ni..
Sepanjang aku tengah tungguh tok kadi tu bagi sepatah dua kata kat bakal pengantin lelaki tu an, aku pon banyakkan la berdoa semoga urusan akad nikah ni berjalan dengan lancar…
Dan… Senanye an, aku berat hati nak terima lelaki yang pakai jubah konvo depan aku ni jadi suami aku, sebabnye an, aku langsong tak kenal dia ni sape…
Tapi, dia mungkin kenal dengan ‘family’ aku agaknya, jadi aku pon setuju je la nak jadi isteri dia an…
Nampak macam terpaksa… tapi mana tahu la an, akan datang an…
Ada orang kata kat aku, kalau sesebuah perkahwinan tu an, ahli keluarga yang tolong carikan jodoh untuk anak yer kan, InsyaAllah, perkahwinan anak tu akan kekal lama sebab pasangan tu dah dapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak…
Hmmm… yang ni aku tak nak komen berlebih-lebihan la kan…
Yang aku mintak hanyalah… Doakan lah yang terbaik buat aku dan bakal pasangan aku ni la yer…

Masa yang ditunggu-tunggu dan mendebarkan…

TOK KADI : Saudara !@#$%^&*()_+={}[];. Aku nikahkan dikau dengan “?/><:;{}[]+=” dengan mas kawinnya ------------- Ringgit Tunai…

LELAKI JUBAH KONVO : Aku terima nikahnya “?/><:;{}[]+=” dengan mas kawinnya ------------- Ringgit Tunai…


Hmmm…
Aku telan air liur… hanya sekali lafaz je aku dah sah jadi isteri pada lelaki yang pakai jubah konvo depan aku ni…
Hah…!!!
Macam tak caye je…
Lepas tu an air mata aku laju je dia nak mengalir…
Macam tak caye je dah jadi isteri orang…
Eh… biar betul…
Selesai je akad nikah 15 minit sebelum masuk waktu solat asar, aku dan suami aku, kami bersama-sama menunaikan solat sunat…
Kemudian, suami aku minta aku ke ruangan solat perempuan, sebab tak lama lagi azan nak berkumandang…
Tak lama lepas tu an, azan asar pon berkumandang…
Aku pun menunaikan solat sunat dan kemudiannya berjemaah menunaikan solat asar bersama-sama jemaah lain mengikut imam…
Dan… yang paling mengejutkan aku…
Lepas solat asar… Ramai jemaah yang mengucapkan tahniah kat aku walaupun senanya aku tak kenal pon diorang tu sape, sebabnya bila aku tanya kat jemaah yang solat tu diorang ni ahli keluarga pengantin lelaki ke, tapi diorang semua kata, diorang merupakan jemaah yang singgah untuk solat, bukannya ahli keluarga pihak lelaki…
Hmmm… rasa terharu pulak rasanya…
Dan… yang paling mengejutkan aku gak bila ada antara jemaah tetap yang datang ke masjid tu kata, aku bertuah kawin dengan lelaki tu, sebabnya lelaki tu baik, soleh…
Lepas tu diorang suruh aku teka siapa lelaki yang mengazankan solat asar tadi…
Aku diam je… sebab manalah aku tahu an…
Yang jemaah tu semua senyum² je kat aku dan diorang bagi tahu kat aku, yang azan tadi tu la suami aku…
Hah…???
Ye ker…???
Aku hanya cakap Alhamdulillah…
Diorang cakap untung dan bertuah sangat² aku ni, dah la suami ‘handsome’ suara bila ngaji sedap lak tu…
Aku senyum je dan tak putus² dalam hati aku, aku cakap Alhamdulillah…

Selesai bersembang, aku minta diri…
Kat ruangan di mana aku dan suami aku dinikahkan tadi, ‘family’ aku dengan ‘family’ suami aku dah tunggu…
Aku pon duduk berhadapan suami aku dan suami aku baca doa pada ubun² kepala aku sambil tangannya diletakkan di atas kepala aku…
Kemudian acara batalkan air sembahyang, kami bertukar-tukar menyarungkan cincin di jari pasangan…
Dann… yang paling ‘sweet’ nye bagi aku, suami aku masih menyarungkan jubah konvo dan aku juga baru ku sedari lepas bergambar bersama ‘family’ aku, masa akad nikah dan masa aku solat asar tadi, rupa-rupanya aku pon pakai jubah konvo…
Haha… aku gelakkan suami aku pada awal tadi, rupa² aku pon sepanjang lebih kurang hampir dua jam pon pakai jubah konvo tak bukak²… haha…
Gelakkan orang lagi, aku pon sama je…
Hmmm… macam mana la, aku boleh tak perasan…
Tapikan… Alhamdulillah masjid tu ber‘aircond’,  jadi aku tak de la rasa kepanasan pakai jubah konvo tu… haha…
Lepas selesai acara menyarungkan cincin, kami bergambar bersama-sama ‘family’ masing²…
Aku rasa ‘sweet’ sangat, selalu bila pasangan lain bergambar, diorang pegang bunga plastik je, tapi aku an dapat pegang bunga-bungaan hidup yang ada ‘teddy bear’ kecik yang orang konvo selalu pegang tu… huhu…
Bukan aku je yang pegang bunga-bungaan tu, suami aku pun dia pegang sekali, maknanya ada dua la bunga-bungaan tu…
Hmmm… perkara itu la yang aku rasa paling ‘sweet’ sekali sepanjang sesi gambar-bergambar tu…

Hmmm….
Alhamdulillah… segala-galanya berjalan lancar…
Aku tak merancang pun nak kawin dengan siapa, tapi Allah dah aturkan jodoh yang… Alhamdulillah, InsyaAllah aku yakin dia boleh jaga dan bimbing aku lepas ni…

Huhu… macam tak caye je…
Kami suami isteri nikah PAKAI JUBAH KONVO je…
“SO SWEET” KAN… HIKHIKHIK…


“AKU NIKAH PAKAI JUBAH KONVO.”




"TAMAT."




"Terima kasih kerana membaca."











No comments:

Post a Comment