Assalamualaikum...
Apa khabar pembaca blogger sekalian...
Diharapkan kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya...
Hari ni penat sikit la sebab tak berapa tidur...
Semua nya gara² nak tukar 'design' kat blog ni haaa...
Blog biasa² je, tapi sengaja nak tukar 'design' yang lain...
Konon² tu nak beralih arah la tu kan...
Hahaha....

Tak lawak ok... tapi sengaja nak taip hahaha kat situ...
Kengkononnya tengah gelak la tu... Huhuhu...
Padahal tengah penat ni...
Tapi nak taip jugak nak cerita sikit kegeraman sebab tak puas hati...
Tak puas hati sebab nak tukar 'theme' kat blog ni senang rupa² nya...
Aku je yang tak tahu...
Blog dah hampir anam ka tujuh tahun...
Tapi nak tukar 'theme' kat blog tak tahu...
Huhuhu...
Kesian nya lahai...
Tapi tu la...
Sebab nya, aku memang jenis yang tak tahu nak 'design²' kan blog ni...
Jadinya aku pun pergi la 'search' kat En 'Google' tu haaa...
Sekali dia keluar...
Haaaa... Hambik kau banyak laman web cara 'design' men'design' ni keluar...
Lepas tu ada la dia tunjuk 'step by step' cara nak men'design²' tu semua...
Ada la yang suruh 'download' bagai...
Aku pun 'download' la...
Nak ikut 'step by step' katanya...
Hahaha...



Lepastu...
Nak tahu apa yang jadi...
'Design' yang aku 'download' dia keluar dalam bentuk 'folder zip'
Lepastu ada la cara macam mana nak tukar 'folder zip' tu kasi dia boleh baca aaannnn....
Haaa...
Dan lepastu lagi bila 'folder' tu dah boleh baca boleh la 'paste' kan kat blog ni...
'Paste' kan kat bahagian 'theme' yang ada pada belah kiri tu...
Tahu ke kat mana...
Alaaa... aku malas la nak 'printscreen'...
Tak berapa nak rajin... Maaf la ye...
Alaaa... yang dekat bahagian belah kiri tu... Dia ada tulis 'Post', 'Stats', 'Comment' dan lain² lagi la kan...
Kat bahagian tu la terletaknya 'theme' tu...
Ok sambung balik...
Bila 'folder zip' dah boleh baca, kita 'paste' kan design yang kita 'download' tu kat bahagian 'theme'...
Haaa... ada lagi lupa nak terangkan...
Kat bahagian 'theme' tu, kat bahagian kanan ada tulis 'backup/restore'...
Haaa... kita tekan kat bahagian tu, dan lepastu kita pun 'paste' la kita punya 'design'...
Haaa... nampak macam senang, tapi sebenarnya tak...
Itu bagi aku la... Sebab nya aku bukan mahir dalam bidang edit-mengedit ni...
Huahuahua...



Lepastu lagi...
Bila dah 'paste' tu kan...
Aku pun 'check' la dekat 'view blog' tu kan...
Sekali dia keluar...
Perrrrggghhhh....
Hancur weiiii, aku punya 'design' yang sebelum² ni...
Habis... buruk jadinya blog aku...
Ye la dah diri sendiri tak reti nak buat...
Lepastu pandai memandai sendiri nak buat...
Kengkonon tu 'teror' sangat la tu kan...
Huahuahua...



Tapi aku tak nangis la...
Cumanya aku tak puas hati je la...
Huahuahua...



Tak putus asa, aku cuba la lagi 'download design' yang lain pulak...
Dan... Lepastu aku pun buat la cara yang sama macam tadi...
'Download', kasi 'open folder' apa lagi...
Lepastu tu 'paste' la apa bagai kejadah tu semua kan...
Dan hasilnya...
Bagi diri sendiri yang tak reti ni....
Hasilnya amat lah mengecewakan aku...
Memang hancur lebur berkecai berkepirai semua la...
Hahaha...

Ada bahasa baru la "Berkepirai"...
Apa tuh... Jangan tanya aku apa maksud dia...
Aku pun tak tahu la...
Ni aku tengah menaip ni, rasa mengantuk je ni...
Rasa nak tidur sekarang...
Tapi disebabkan 'excited' nak cerita kat blog ni...
Jadinya mata aku yang separa kuyu ni perlu digagahkan juga untuk dibuka sebab nya aku tengah bersemangat tak berapa nak membara ni nak bercerita serba sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni...
(Apa yang aku cuba sampaikan ni)...
Ok la..
Sila abaikan bahasa yang kat atas tu...
Sebab macam banyak je ayat yang beterabur...
Malas nak tekan 'backspace'...
Ok sambung lagi cerita...
'Design' yang aku 'download' tu sebenarnya ada yang berbayar dan ada jugak yang 'free'...
Dan sudah semestinya aku akan pilih yang 'free' sebab aku tak tahu nak bayar macam mana...
Hahaha...



Nampak bebenor seperti tak berapo nak celik IT... Huahuahua...

Biarkan di situ...
Kita sambung lagi cerita kita...
Sebenarnya ada banyak la jugak 'design' yang aku 'download' tu...
Lepastu banyak kali jugak la aku cuba edit dari semalam lagi...
Tapi satu je 'design' yang nampak menjadi...
Yang lain² tu hancuurr...
Punah ranah jiwa raga guer...

Hahaha...

Dah mula dah keluar perkataan ganti diri Guer...
Haaa...
Ok sambung lagi...
'Design' yang nampak menjadi tu ok la... Boleh la...
Mula² nampak cantik...
Tapi bila aku dah edit ikut suka suki diri sendiri...
Akhirnya, 'design' yang nampak macam cantik tu sama jugak akhirnya hancuurrr jugak...
Hancur tapi tak berkecai...
Sebabnya 'design' tu macam memeningkan aku...
Dah edit 40% macam tu la...
Tapi akhirnya aku nampak 'design' tu macam serabut serabai apa semua la kan...
Tapi 'Background colour' dah ok dah...
Yang tak ok nya dia punya warna bahagian atas...
Tak berapa nak cantik warna tu pada pandangan mata sendiri la...
Kalau orang lain akan cakap cantik je... Perasan betul... Hekkk...

Lepastu aku pun dah malas dah nak edit² 'design²' tu semua...
Sebab nya 'design²' tu semua dah memeningkan kepala hotak aku yang tak reti mengedit ni...
Huahuahua...



Aku pun dah malas dah...
Aku pun 'sign out' la aku punya blog semua...
Kot la nanti² baru nak sambung kan ke apa kan...
Lepastu dah nak hampir² 'shutdown' dah laptop ni...
Dan dan pulak, teringat kat ada satu tempat edit kat blog tu...
Apa nama nya...
Haaaa...
Ni haaaa....
Apa tu...
Aaaaa...
'Theme Designer'...
Menda alah ni...
Ada dekat bahagian 'Layout'
Ada kat bahagian atas nak edit 'layout' ni la kan...
Jadinya, aku pun bukak la balik blog aku...
Pegi la kat bahagian 'Theme Designer' tu...
Tekan kat bahagian tu...
Ada la keluar apa benda kejadah tu...
Haaaa...
Ada la 5 bahagian kan ada 'Theme', 'Background', 'Adjust Widths', 'Layout' dengan 'Advanced'...
Lepastu aku teringat la aku ada tekan kat bahagian 'Background' kan...
Dia keluar kat situ ada 'background image'...
Lepastu kat bawah bahagian 'background image' tu ada dia tulis 'remove image'...
Dan aku pun...
Laaaa...
Kat sini ke nak tukar 'design background image' tu...
Aku punya beria pegi 'download' semua apa benda tu...
Alih² ada kat situ rupanya...
Aduhhh...
Nak dekat² 'sign out' blog baru perasan...
Selama ni tak perasan pun...
Ni baru perasan...
Alahai... Kesian nya lahai...
Tu la kan... Kesiankan kat aku sebab tak tahu... Huhu...
Tapi tak pe la...
Dan, Akhirnya...
Alhamdulillah...
Dapat jugak la tukar 'design' kat blog ni...
Walaupun tak berapa banyak pilihan 'design' yang ada...
Tapi tak pe la...
Janji ada...
Ok la tu kan...
Hmmm...
Tu la dia...
Budak baru nak belajar menerokai blog kan...
Walaupun dah anam ka tujuh tahun hantar post kat blog ni...
Huhuhu....
Apa² pun...
Tu la seba sedikit pengalaman untuk hari ni...
Semoga diri ni dapat la belajar lebih banyak lagi perkara² yang bermanfaat... In sha Allah... AAmmiiinnn...
Ok...
Tu je la nak cerita untuk hari...
Serba sedikit pengalaman dalam menerokai 'editing design' blog sendiri...
Mua haha...

Semoga kita bertemu dipost yang lain pulak ye...
Assalamualaikum....
"Terima kasih kerana membaca."