Friday, August 3, 2018

Cebisan Kenangan Rindu Yang Mengusik Jiwa...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca blogger sekalian....
Diharapkan agar kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya...

Hari ni, aku nak cerita kan kisah kenangan lama ku...
Kisah kenangan lama yang mengusik jiwa ku ...
Kisah kenangan yang bila ku ingati kembali, ku akan terasa sayu dan kadang kala membawa kepada perasaan sedih... Huhu...
Dan... Kenangan itu, akan ku simpan sebagai cebisan kenangan berbentuk cerita yang pernah ku nukilkan di laman 'facebook' ku pada tahun lepas dan diceritakan semula di laman blog ni sebagai cerita kenangan buat rujukan diri sendiri...

Ok lah, tak nak buang masa nak sambung cerita...

***************************************

Hari tu hari terakhir aku dan rakan²ku berada di situ..   

Hmm.. Ada jugak la perasaan sedih nak tinggalkn tempat tu   ,
almaklumlah dah hampir setahun kami kat situ..

Macam² suka dan duka yang kami lalui bersama..

Iye.. Hari² terakhir.. Macam² yang jd..        ..

Dan hari terakhir tu pada mulanya aku berasa suram je..   
Rasa macam tak seronok..    
Rasa nak nangis..    
Hiba je rasa..   

Hari terakhir kalau boleh kami nak raikan bersama²..  

Hari tu, aku dgn sukarela membelanjakan rakan² dengan makanan yang sederhana.. 
Itu je yang aku mampu nak bagi.. 
Dan aku bersyukur sebab mereka suka    dan Alhamdulillah aku bersyukur dan aku gembira dapat melihat senyuman rakan²ku buat kali yang terakhir kami bersama² pada hari itu..

Hari terakhir, kami mengajak beliau bersama² untuk menyertai kami.. 
Dan pada mulanya beliau tidak dapat turut serta disebabkan sibuk..
Dan iye juga pada mulanya aku tidak dapat menerima hakikat itu dan aku merasa sedih sangat²..  

Tapi Allah itu Maha Adil.. 
Dan mungkin kita patut berdoa secara ikhlas..
Doa ku mungkin didengari Allah.. 
Iye.. Tanpa ku sedari, beliau masuk ke dalam kelas..
Beliau masuk ke kelas dalam keadaan tersenyum..   

Senyuman yang dah lama aku tak nampak..  
Hahaha..   

Dan saat beliau tersenyum tanpa disedari aku telah mengambil gambar beliau tanpa ku sengajai..    Hahaha..   

Terasa seperti mahu saja hantar gambar tu pada beliau.. 
Tapi aku malu..    
Huahuahua..   

Dan untuk terakhirnya, hampir² saja aku terlupa pesanan beliau, sebelum kami berpisah.. 
Beliau ada memesan kepada ku supaya menjaga diri..   
Hehe..    
In sha Allah akan ku ingat pesanan tu..  

Dan untuk terakhir kalinya..
Aku rindu saat terakhir kita bersama..      

Aku rindu saat kita bergelak ketawa dan sakat-menyakat antara kita..   

Dan aku harap semoga kita panjang umur dan dapat bertemu lagi...   

In sha Allah..   

*************************************************

Cerita yang ringkas yang masih terpahat di hati.... 
Dan juga merupakan salah satu cerita yang sentiasa diingati...

Dan... Setiap kali teringat cerita ni membuatkan air mata ku mengalir...
Kenangan bersama rakan² dalam menghadapi suka-duka dalam perjalanan menimba ilmu...
Dan Alhamdulillah... Sebab nya aku dapat rakan sekelas dan pengajar yang baik, saling bantu-membantu antara satu sama lain... Alhamdulillah...

Dan ketika aku tengah menaip ni pun, air mata tiba² mengalir...
Mungkin aku merindui mereka...
Rindu sangat²...
Rindu yang tak dapat diucapkan dengan kata²...
Apa² pun ku doakan semoga Allah pelihara mereka dan mereka berada dalam keadaan yang baik²... 
In Sha Allah.. AAmiiinnn....

Itu sahaja la cerita untuk hari ni...
Semoga kita bertemu di post yang lain...
Assalamualaikum...



"Terima kasih kerana membaca."




No comments:

Post a Comment