Sunday, March 25, 2018

~~~ Terima Kasih Rakan ~~~ Terima Kasih Sangat² ~~~

Bismillah...
Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca blogger sekalian???
Didoakan agar pembaca blogger berada dalam keadaan sihat hendaknya...

Tetiba... 
Saya merindui rakan² saya...
Rakan² yang telah mengajar saya tentang pelajaran/adab yang baik kepada saya...
Walaupun mereka bukanlah teman rapat saya, tapi apa yang mereka ajarkan kepada saya telah memberi kesan yang amat mendalam dalam kehidupan saya.. 
Semoga segala apa yang mereka ajarkan kepada saya diredhai Allah dan Allah merahmati mereka dunia akhirat..

Mereka mengajarkan saya...

1) Ucapan TERIMA KASIH...

Pendek sahaja ucapannya, tapi tak semua orang yang mengucapkannya apabila menerima pertolongan, menerima hadiah, ucapan, nasihat ataupun apa² sahaja...

Saya amat terkesan dengan ucapan TERIMA KASIH ketika saya dibangku sekolah rendah apabila seorang rakan saya yang sangat² menghormati guru telah mengucapkan 'TERIMA KASIH' kepada guru selepas guru menandakan buku beliau dan guru tersebut memuji tindakan beliau...

Saya tidak cemburu dengan beliau malah saya amat berbangga dengan beliau kerana menunjukkan sikap bersopan-santun dan hormat kepada guru..

Terus terang saya katakan, guru tersebut telah menanda buku pelajar seramai 30 orang murid dan dari seramai 30 orang murid itu, hanya beliau sahaja yang mengucapkan ucapan TERIMA KASIH kepada guru..

Dan sejak dari itu saya berusaha secara perlahan-lahan untuk menerapkan dalam diri saya supaya meringankan mulut mengucapkan TERIMA KASIH kepada insan² yang berada disekeliling saya yang telah banyak membantu saya atau memberi nasihat yang baik dan positif kepada saya...

Pada permulaan, tidak mudah untuk saya mengucapkan ucapan TERIMA KASIH, tetapi saya berusaha sedaya upaya kerana ucapan TERIMA KASIH ini memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk mengucapkannya...

Walaupun bagi sesetengah orang, ucapan TERIMA KASIH ini, sesuatu ucapan yang remeh, tapi bagi saya, ucapan ini menunjukkan suatu kesan yang terlalu besar kerana ucapan ini seolah-olah memberi pengertian yang mendalam seolah-olah kita menunjukkan tanda hormat dengan menghargai orang lain di sekeliling kita...


2) Jangan Menangguh-Nangguhkan Kerja Dan Buat Kerja Sambil Lewa, Walaupun Kerja Tu Tak Penting.. Dan Kita Tak Tahu Apa Yang Akan Jadi Hari Esok...

TERIMA KASIH rakan...

Sampai bila² saya akan ingat pesanan awak yang ini...

Saya mendapat kesedaran ini ketika dibangku sekolah menengah..

Sebelum terbitnya kesedaran ni, saya merupakan orang yang kadangkala suka menangguh-nangguhkan kerja..

Kejadian bermula, apabila rakan saya mendengar saya bercakap sendirian yang saya akan menyusun buku untuk dibawa ke sekolah pada keesokan hari..

Saya : Esok je la susun buku, sempat rasanya ni..

Rakan : Apa awak kata tadi, awak nak susun buku esok pagi, tak yah la.. Dah kul berapa dah ni, dah kul 2.30 pagi kut, Nanti tetiba bangun lewat esok macam mana.. Tak yah la nak kata sempat..

Saya : Diam (sambil memikirkan ayat beliau... )

Rakan : Kau dengar tak apa yang aku kata tadi, Jangan Tangguh Kerja, walaupun susun buku tu bagi kau tak penting.. Tapi ingatlah.. Kita tak akan tahu apa yang akan jadi hari esok..

Saya : Ok.. Terus pergi susun buku..

Terus terang saya katakan... Kata² beliau yang terakhir, itu lah yang sangat² memberi kesan kepada keseluruhan hidup saya..

Kita Tak Akan Tahu Apa Yang Akan Jadi Hari Esok...

Dan... Tak semua orang akan hadam ayat ni, sebab pernah saya ucapkan ayat ni pada orang lain, dan reaksi orang kepada saya seolah-olah ~ ~ ~

Ceritanya bermula..

Suatu hari, jam 3-4 petang, saya sudah menyiapkan menggosok pakaian untuk dipakai ke kelas pada hari keesokannya..

Dan kebetulan, kelas hari keesokannya bermula jam 2.00 petang...

X : Awalnya gosok baju, kelas esok kul 2.00 petang kut.. 'Esaited' bebenar nak gosok baju awal² nak gi kelas... Esok pagi pun boleh gosok apa.. 'Esaited' tak kena tempat la kau ni..

Saya : Saja je gosok baju awal², sebab dah tak de keje nak buat.. Dan lagi satu.. Kita Tak Akan Tahu Apa Yang Akan Jadi Esok..

X : Relax la... Chill la, kau ni.. Aduh..

Saya : Hanya mampu senyum je...

Orang nampak saya macam ~ ~ ~ , bila gosok baju awal², padahal orang tak tahu macam² yang saya fikir...
Saya sampai berfikir...
Esok letrik entah ada ke tak ada... (yang ni paling saya risau..)
Sampai kan saya fikir, jika tak de letrik, saya tak gosok baju dan lepastu baju berkedut-kedut dan sehinggakan saya terbayang-bayang... Sanggupkah aku ke kelas dengan baju yang berkedut-kedut...
Lepas tu, saya terbayang.. Walaupun kelas jam 2.00 petang, lepastu mana lah tahu, tiba² pengajar nak awalkan kelas ke, lepas tu, baju tak gosok lagi, macam mana ye? Dengan kawan² yang ramai lagi dalam hostel ni, seterika ada dua je, siapa cepat dia dapat.. Haa.. macam mana tu...
Haaa... Seperti kata Nabil Raja Lawak... Lu Fikir La Sendiri...

Padahal, semasa saya gosok baju awal² tu, tak de la terfikir nak menujuk rajin ke apa... 
Tapi, saya kalau boleh nak urusan gosok baju tu selesai, supaya kepala saya tak berserabut memikirkan yang baju belum bergosok lagi... Hmmm...
Tapi itu la, tak semua orang yang faham...

Dan, saya tak nak kejadian pisang berbuah dua kali...
Tadi kat perenggan yang atas tu, saya dah cerita yang saya cuba nak tangguhkan susun buku dan lepas tu, kawan saya nasihat jangan tangguh buat kerja kan...
Dan... 
Alhamdulillah, saya ikut cakap kawan saya tu...
Saya susun buku malam tu jugak...
Walaupun penat, tapi saya tetap teruskan jugak susun buku untuk hari sekolah keesokan harinya...

Nak tahu tak???
Esoknya tu, saya terbangun lambat...
Selalu bangun jam 6.00 pagi, tapi hari tu saya bangun 6.20 pagi...
20 minit lewat...
Bayangkan la, pagi saya macam mana hari tu...
Kelam-kelibut yang amat...

Nak solat, mandi, bersiap untuk ke sekolah, sarapan...
Dan selalunya saya mandi dulu, sebab nak tunggu giliran untuk mandi ni lama, siapa lambat masuk tandas, jadi nya dia  kena beratur depan tandas la jawabnya... 
Lepas mandi, baru solat dan kemudian bersiap nak ke sekolah dan akhir sekali ke dewan makan untuk bersarapan...
Disebabkan pagi tu lewat 20 minit...
Jadi nya saya terus ke tandas nak mandi...
Sekali yang beratur --------------------- Panjang yang amat orang yang beraturnya...
Dan, jika saya terus beratur, kemungkinan saya tak sempat solat dan juga bersarapan...

Dan, adakah saya tak mandi pagi tu???
Hahaha...
Sanggupkah saya ke sekolah dalam keadaan busuk???
Hahaha...
Tidak sanggup rasanya ke sekolah dalam keadaan busuk...
Hahaha...
Tapi, nak buat macam mana... Dah ramai sangat yang beratur sebabnya tunggu giliran nak mandi...

Hmmm...
Memang dah putus asa sebenarnya...
Tak mandi pun boleh buat putus asa tau... 
Bukan dapat markah rendah masa peperiksaaan je boleh buat rasa putus asa...

Hmmm...
Masa tu, mula la fikir salah sendiri, kenapa la bangun lambat...
Nak menyesal pun tak guna dah... 

Dan lepas tu, saya pun pergi la tengok jam kat surau...
Tengok jam dah kul 6.30 pagi...
Hmmm...
Ni tak boleh jadi ni...
Kalau terus beratur tunggu untuk mandi, mesti tertinggal solat subuh...
Jadi, saya pun pergi la ke surau... Solat Subuh dulu...
Lepas solat tu berdoa supaya ada la tandas kosong untuk saya mandi...

Dan...
Alhamdulillah...
Ada la tandas kosong...
Tak buang masa lagi, terus mandi...

Lepas je mandi, terus bersiap untuk ke sekolah...
Memang terkejar-kejar la pagi tu...
Berlari-lari la bagai...
Surau kat tingkat dua...
Tandas kosong kat tingkat bawah...
Bilik dorm kat tingkat tiga...
Kau rasa???

Aku rasa tercabar kat situ...
Sebabnya aku kena kejar masa...
Ya... Kena kejar... Sebab sangat² berharga...
Tak nak terlewat ke sekolah...
Lewat ke sekolah... Habis la kena denda...
Dan orang akan kata bila kau kena denda... Hahaha... Padan muka...

Dan...
Alhamdulillah...
Aku sempat sampai ke sekolah 10 minit  sebelum loceng sekolah berbunyi untuk beratur...
Dan...
Alhamdulillah...
Aku sempat bersarapan pagi...
Dan...
Alhamdulillah...
Aku dah susun buku awal tengah pagi...

Dan segalanya Alhamdulillah...
Walaupun pagi tu kelam-kelibut nak bersiap ke sekolah...
Tapi, Alhamdulillah.. tugas yang susun buku yang nampak remeh itu la yang menyelamatkan keadaan pagi ku supaya tidak terlewat ke sekolah...
Cuba la, bayangkan jika aku tak susun buku... 
Agak²nya sampaikah aku ke sekolah sebelum loceng berbunyi???
Kemungkinan aku boleh sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi...
Tapi, mungkin aku akan skip sarapan, sebabnya nak susun buku... 
Atau mungkin aku tak mandi, terus pergi solat, bersiap, lepas tu pergi susun buku dan jika ada lebih masa, pergi sarapan...
Hahaha...
Banyak betul kemungkinan...
Tapi, apa²pun Alhamdulillah semuanya dah selesai...
Walaupun kejadian ni dah lama...
Tapi ia tetap memberi kesan...
Ya.. Kesan yang amat besar dan mendalam bagiku...
Dan... Sebab itu la aku tak nak buang masa...
Ada masa je, aku terus buat je apa² yang patut...
Sebabnya aku tak nak kejadian lama berulang kembali dan aku juga tak nak ada kejadian lain yang tidak diingini terjadi...
Sebab itu la, aku sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga...

Dan sebabnya lagi dalam kepala aku sentiasa berfikir : 
~ ~ ~ Kita Tak Akan Tahu Apa Yang Akan Jadi Hari Esok...

3) Permohonan Maaf

Dengar dan nampak macam senang...
Tapi tak semua orang boleh memohon maaf dengan insan lain dengan hati yang ikhlas...
Bukan senang...
Bukan senang...
Bukan senang...
Dan ye...
Bukan senang...
Memang sangat²...
Bukan senang...

Dan ye...
Aku belajar dari seseorang...
Kata beliau...
Kita kena latih...
Ya...
Kena latih...
Dan ye...
Nak latih diri nak mohon maaf tu bukannya senang...
Kata beliau juga...
Bukan senang...
Dan...
Sebab itulah...
Beliau sentiasa memohon maaf kepada orang yang sudah lama beliau kenali atau pun orang yang baru sahaja beliau kenali selepas berakhirnya sesuatu perjumpaan atau pengenalan sama ada pengenalan itu berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja...
Dan memang ye...
Aku nampak dari diri beliau...
Beliau seorang yang hatinya lemah lembut dan berjiwa kental...
Wajahnya nampak tenang...
Perwatakannya bersahaja...
Dan beliau sentiasa memohon maaf kepada diriku dan juga insan lain...
Sentiasa...
Dan...
Sentiasa...
Tanpa merasa jemu...
Dan bagi orang yang tak berapa mengenali beliau...
Mungkin akan merasa rimas...
Kerana setiap kali berakhir perjumpaan dengan beliau, beliau mesti akan berkata...
AKU MINTA MAAF EH... MAAF TAU...TAU...
Itu lah kata² beliau yang aku sering ingati dan terngiang-ngiang difikiran...

Dan itulah antara pelajaran yang diajarkan oleh rakan² ku...
Pelajaran yang membentuk serba sedikit tentang diriku...
Walaupun ada ketika nya...
Aku tidak dapat melaksanakannya...
Kerana bukannya mudah...
Ya...
Bukannya mudah...

Walaupun hanya tiga pelajaran...

  • Ucapan Terima Kasih...
  •  Jangan Menangguh-Nangguhkan Kerja Dan Buat Kerja Sambil Lewa, Walaupun Kerja Tu Tak Penting.. Dan Kita Tak Tahu Apa Yang Akan Jadi Hari Esok...
  • Permohonan Maaf

Dan sekali lagi aku ulang...
Bukan mudah...
Dan...
Ianya...
Bukan mudah...
Bukan mudah...
Dan...
Bukan mudah...

Hmmm...
Walau apa² pun...
Terima kasih rakan²...
Terima kasih sangat²
Kerana telah mengajarkan dan menasihati aku dengan perkara yang baik²...
Dan...
Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat... Aaamiiinn...

Dan akhir sekali...
Mohon maaf juga...
Kerana Nukilan kali ini terlampau panjang...
Semoga kita berjumpa dipost yang lain...
Assalamualaikum...



"Terima kasih kerana membaca."




No comments:

Post a Comment